Terdapat 2691 berita berdasarkan kata kunci carian " harga"

Indeks Harga Pengeluar Perkhidmatan Malaysia Meningkat 1.0 Peratus Pada Suku Ketiga - DOSM

KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Indeks Harga Pengeluar (IHPR) Perkhidmatan Malaysia meningkat 1.0 peratus pada suku ketiga 2025, mengekalkan kadar yang sama seperti suku sebelumnya, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Kerajaan Kenal Pasti Kaedah Kurangkan Implikasi Kenaikan Harga Kenderaan Tempatan

KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) — Kerajaan sedang mengenal pasti kaedah terbaik untuk mengurangkan implikasi kenaikan harga kenderaan tempatan selaras dengan penguatkuasaan peraturan P.U.(A) 402/2019, kata Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying.

ITO Perlu Kemuka Maklumat Kepada BNM Sebelum Laksana Pelarasan Semula Premium - Lim

KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Syarikat insurans dan pengendali takaful (ITO) dikehendaki mengemukakan semua maklumat diperlukan kepada Bank Negara Malaysia (BNM) untuk semakan sebelum melaksanakan pelarasan semula premium, kata Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying.

Usaha Sama PKNPk-Gamuda Meterai MoU Dengan PBAPP Untuk Bekal Air Terawat Pukal Ke Pulau Pinang

IPOH, 6 Nov (Bernama) -- Usaha sama Perbadanan Kemajuan Negeri Perak dan Gamuda Bhd (JV PKNPk-Gamuda) memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) untuk menjual lebihan air terawat pukal daripada Skim Bekalan Air Perak Utara (NPWSS) ke Pulau Pinang, dan bekalan itu dijangka siap menjelang 2031.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Susulan Pelabur Menilai Prospek Kadar Faedah Fed AS

KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah pada Rabu susulan sentimen berhati-hati ketika para pelabur menilai prospek dasar kadar faedah Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat.

Pasaran Getah Ditutup Bercampur-campur

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup bercampur-campur hari ini, selaras dengan harga minyak mentah yang stabil dan pasaran niaga hadapan getah serantau yang merosot, kata peniaga.

Kedai Rakan Niaga SARA Berjumlah 8,700 Setakat 3 Nov -- MOF

KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Jumlah kedai rakan niaga Sumbangan Asas Rahmah (SARA) meningkat kepada 8,700 di seluruh negara setakat 3 November, 2025 berbanding 700 termasuk kedai kecil pada 2024 dan bilangan ini dijangka terus bertambah dari semasa ke semasa.

Ekonomi Malaysia Terus Berdaya Tahan, Disokong Permintaan Global Terhadap Teknologi - S&P

KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Pertumbuhan ekonomi Malaysia terus berdaya tahan tahun ini walaupun dalam suasana ketidaktentuan luaran dan ketidakpastian berkaitan dengan dasar perdagangan Amerika Syarikat, menurut S&P Global Ratings (S&P).

Portfolio Sukuk Jangka Pendek IILM Catat Paras Tertinggi Baharu US$6.2 Bilion

KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Portfolio Sukuk jangka pendek tertunggak Perbadanan Pengurusan Kecairan Islam Antarabangsa (IILM) mencapai paras rekod baharu sebanyak US$6.2 bilion (US$1=RM4.20).

PJBumi Tidak Tahu Punca Penurunan Harga Saham

KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- PJBumi Bhd memaklumkan bahawa syarikat itu tidak menyedari sebarang perkembangan korporat yang mungkin mencetuskan aktiviti pasaran luar biasa (UMA) sahamnya, susulan pertanyaan daripada Bursa Malaysia Securities Bhd.

Pasaran Getah Ditutup Bercampur-campur

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup bercampur-campur hari ini berikutan penurunan harga minyak mentah penanda aras, kata seorang peniaga.

Wasco Greenergy Memeterai Perjanjian Dengan CIMB IB Dan Maybank IB Menjelang IPO

KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Wasco Greenergy Bhd (Greenergy) telah memeterai perjanjian pengunderaitan dengan CIMB Investment Bank Bhd (CIMB IB) dan Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB) untuk tawaran awam permulaan (IPO) di Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Bhd.