Terdapat 558 berita berdasarkan kata kunci carian " minggu lepas"

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi, Dipacu Momentum Belian Dalam Saham Wajaran Tinggi Terpilih

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan hari kedua terakhir 2024 dengan prestasi positif, dipacu momentum belian dalam saham wajaran tinggi terpilih yang didahului Maybank dan Petronas Chemicals ketika institusi tempatan memperelok akaun menjelang akhir tahun.

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini seiring dengan prestasi di pasaran tunai pendasar. 

Institusi Tempatan Terus Beri Sokongan Kepada Bursa Malaysia Untuk Minggu Ke-10 Berturut-turut

KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) -- Institusi tempatan terus memberikan sokongan kepada Bursa Malaysia untuk minggu ke-10 berturut-turut, dengan belian bersih ekuiti domestik berjumlah RM416.9 juta, menurut MIDF Amanah Investment Bank Bhd (MIDF).

Ringgit Dijangka Lemah Semasa Dagangan Lengang Minggu Depan

Oleh Nurul Jannah Kamaruddin

KUALA LUMPUR, 28 Dis (Bernama) -- Ringgit dijangka menunjukkan penurunan minggu depan ketika tempoh terakhir dagangan tahun ini dan permulaan dagangan 2025, dengan pergerakan mungkin berada dalam julat antara 4.47 hingga 4.50.

Aktiviti Perelok Akaun Dijangka Tingkatkan Dagangan Bursa Malaysia Minggu Depan

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 28 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka meneruskan trajektori peningkatannya pada minggu depan, dipacu oleh aktiviti memperelok akaun pada akhir tahun selain sokongan sentimen positif pada masa ini, kata UOB Kay Hian Wealth Advisors Sdn Bhd.

Dagangan Kecil Niaga Hadapan Emas Diunjur Berterusan Minggu Depan

KUALA LUMPUR, 28 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka kekal suram minggu depan berikutan kekurangan minat yang ketara.

Ringgit Ditutup Kukuh Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 26 Dis (Bernama) -- Ringgit ditutup kukuh berbanding dolar AS (Amerika Syarikat) hari ini, disokong oleh peningkatan harga minyak yang menguntungkan Malaysia sebagai pengeksport.

Ringgit Ditutup Tinggi Mendapat Rangsangan Daripada Kenaikan Harga Minyak

Oleh Nurul Jannah Kamaruddin

KUALA LUMPUR, 24 Dis (Bernama) -- Ringgit mengekalkan trajektori menaiknya untuk ditutup tinggi hari ini berbanding dolar AS dan beberapa mata wang utama lain, mendapat rangsangan terutamanya daripada kenaikan harga minyak. 

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar US Pagi Ini

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 24 Dis (Bernama) --  Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar US pagi ini, disokong oleh sentimen belian yang lebih baik untuk mata wang tempatan walaupun Indeks Dolar Amerika Syarikat (DXY) lebih kukuh.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Berikutan Pemulihan Pasaran Minyak Global

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 23 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Isnin, didorong kenaikan semula harga minyak kacang soya di Bursa Komoditi Dalian dan niaga hadapan minyak biji sesawi Bursa Komoditi Zhengzhou, kata peniaga.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 23 Dis (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini berikutan minat belian baharu.

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Bercampur-campur

KUALA LUMPUR, 23 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup bercampur-campur hari ini.