Terdapat 1542 berita berdasarkan kata kunci carian " persekutuan"

Pemandu e-Hailing Sepenuh Masa Terima Kelayakan Tambahan BUDI95 Mulai 15 Okt Ini

PUTRAJAYA, 1 Okt (Bernama) -- Kerajaan bersetuju memberikan pemandu e-hailing sepenuh masa had kelayakan tambahan subsidi BUDI MADANI RON95 (BUDI95) bermula 15 Okt ini, menurut Kementerian Kewangan (MOF).

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Rabu, menjejaki peningkatan pasaran global susulan kenaikan harga emas pada paras tertinggi, AS$3,893.06 setiap auns troy.

Ringgit Ditutup Tinggi Berbanding Dolar AS Untuk Hari Ketiga Berturut-turut

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS pada Rabu, terus mencatatkan kenaikan untuk sesi ketiga berturut-turut berikutan mata wang Amerika Syarikat (AS) itu rendah selepas kerajaan Persekutuan AS menghentikan operasinya mulai hari ini.

Pelan Hala Tuju Keluli 2035 Perkukuh Daya Saing Pembuatan Keluli Malaysia Secara Global - MISIF

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- Pelan Hala Tuju Industri Keluli 2035 (SIR2035) dirangka bagi memastikan pengeluar keluli Malaysia dapat bersaing secara berkesan bersama-sama pengeluar asing, menurut Persekutuan Industri Besi dan Keluli Malaysia (MISIF).

Risiko Kerajaan AS Ditutup Dorong Ringgit Ditutup Tinggi

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi pada Selasa berikutan kebimbangan yang semakin meningkat terhadap kemungkinan kerajaan Amerika Syarikat (AS) ditutup, menurut seorang penganalisis.

Bursa Malaysia Ditutup Tidak Berubah Susulan Pendekatan Berhati-hati

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia susut daripada kenaikan awalnya untuk ditutup tidak berubah pada Selasa apabila pelabur mengambil pendekatan berhati-hati menjelang pengumuman dasar dalam negara dan kebimbangan kemungkinan penutupan kerajaan Amerika Syarikat (AS), kata seorang penganalisis.

Aset Rizab Rasmi Malaysia Berjumlah US$122.68 Bilion Pada Akhir Ogos 2025 - BNM

KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah US$122.68 bilion manakala aset mata wang asing lain berjumlah US$252.8 bilion pada akhir Ogos 2025, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).

Megah Port Management Terima Pengiktirafan Susulan Khidmat Cemerlang Di Labuan

LABUAN, 30 Sept (Bernama) -- Pengendali pelabuhan Labuan, Megah Port Management Sdn Bhd (MPM) menerima pengiktirafan daripada Persatuan Penghantar Fret Labuan (LFFA) berikutan komitmen berterusan dalam perkhidmatan pengendalian kargo yang cekap dan boleh dipercayai.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pagi ini susulan aktiviti belian semasa harga murah, menjejaki sentimen positif daripada prestasi semalaman Wall Street, kata seorang penganalisis.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar US Berikutan Kembimbangan Penutupan Kerajaan AS

KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) --  Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US, disokong oleh kebimbangan bahawa penutupan operasi kerajaaan Amerika Syarikat (AS) mungkin akan berlaku dan mempengaruhi mata wang AS, kata seorang penganalisis.

Penggubal Dasar Keluli ASEAN Cadang Tubuh Majlis Keluli ASEAN, Pertingkat Kerjasama G2G

KUALA LUMPUR, 29 Sept (Bernama) -- Penggubal dasar industri keluli ASEAN mencadangkan penubuhan Majlis Keluli ASEAN bagi mempertingkat kerjasama kerajaan dengan kerajaan (G2G) dalam industri keluli serantau, kata Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Liew Chin Tong.

Ringgit Ditutup Tinggi Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 29 Sept (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS pada Isnin apabila kebimbangan terhadap kemungkinan penutupan operasi kerajaan Amerika Syarikat (AS) telah menjejaskan dolar AS, kata seorang penganalisis.