3bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi ini lebih tinggi seiring dengan bursa serantau berikutan mengambil isyarat daripada prestasi semalaman di Wall Street yang mengukuh.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini, seiring dengan prestasi positif pasaran emas COMEX Amerika Syarikat (AS).
3bulan ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Ringgit ditutup sedikit tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini disokong harga minyak mentah yang lebih kukuh susulan kebimbangan mengenai bekalan selepas AS dan Kesatuan Eropah kenakan sekatan ke atas pengeluar minyak utama Rusia.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia menyaksikan dagangan dalam julat kecil dan rendah pada tengah hari ini, menjejaki prestasi suram Wall Street di tengah-tengah sentimen menolak risiko, kata penganalisis.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka selesai melaksanakan pembuktian konsep untuk mata wang digital bank pusat (CBDC) borong domestik menjelang akhir tahun ini, menurut Kementerian Kewangan (MOF).
3bulan ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Rabu, menjejaki prestasi kebanyakan pasaran serantau, didorong oleh aktiviti pengambilan untung.
3bulan ago
Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani
KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup bercampur-campur hari ini, mencerminkan prestasi pasaran niaga hadapan getah serantau, di tengah-tengah pemulihan harga minyak mentah dan penurunan ringgit berbanding dolar US, kata seorang peniaga.
3bulan ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- ASEAN dan Amerika Syarikat (AS) melakarkan kemajuan yang baik dalam hubungan dua hala, dibuktikan dengan pengesahan kehadiran Presiden AS Donald Trump di Sidang Kemuncak ASEAN ke-47.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi ini lebih rendah, manakala prestasi pasaran serantau bercampur-campur dalam persekitaran sentimen positif yang disokong oleh jangkaan bahawa ketegangan perdagangan antara China dan AS akan reda.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia memulakan minit awal dagangan Rabu dengan meningkat sedikit namun susut kemudiannya walaupun prestasi semalaman Wall Street positif apabila pelabur melihat tiada perkembangan ketara dalam meredakan perang dagangan serta kebimbangan mengenai penutupan kerajaan Amerika Syarikat (AS) yang berlanjutan.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini dipengaruhi oleh prestasi lemah harga emas COMEX.
3bulan ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) apabila dolar AS mengukuh di tengah-tengah keyakinan baharu bahawa AS dan China mungkin mencapai persetujuan dalam perjanjian perdagangan tidak lama lagi, kata seorang pakar ekonomi.