Terdapat 6547 berita berdasarkan kata kunci carian " syarikat"

Ringgit Ditutup Rendah Berikutan Aktiviti Pengambilan Untung

KUALA LUMPUR, 22 Dis (Bernama) -- Ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar AS pada Isnin, berikutan aktiviti pengambilan untung serta ketiadaan pemangkin baharu bagi pasaran. 

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 22 Dis (Bernama) -- Kenaikan di pasaran Bursa Komoditi New York, Amerika Syarikat  (COMEX AS) mendorong niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi hari ini.

Bursa Malaysia Teruskan Kenaikan Disokong Aktiviti Memperelok Akaun

KUALA LUMPUR, Dec 22 (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi pada Isnin, kekal hampir di paras tertinggi dalam tempoh 15 bulan seiring dengan prestasi kebanyakannya positif di pasaran serantau serta disokong oleh aktiviti memperelokkan akaun akhir tahun.

Unit Yinson Meterai PPA 15 Tahun Dengan Genesis Energy Dari New Zealand

KUALA LUMPUR, 22 Dis (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh tidak langsung Yinson Holdings Bhd, Mt Cass Wind Farm Ltd (MCWFL) telah memeterai perjanjian pembelian tenaga (PPA) selama 15 tahun dengan Genesis Energy Ltd daripada ladang angin 94.6 megawatt (MW) yang terletak di Pulau Selatan New Zealand.

Kenanga Naikkan Unjuran Pertumbuhan KDNK Suku Keempat 2025 Malaysia Kepada 5.0 Peratus

KUALA LUMPUR, 22 Dis (Bernama) -- Kenanga Research menyemak semula unjurannya untuk pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia pada suku keempat 2025 kepada 5.0 peratus, lebih tinggi daripada anggaran awal sebanyak 4.0 peratus.

TNB Perkenal Dua Jawatan Pimpinan Kanan SCNO, SCSSO Bagi Perkukuh Tadbir Urus

KUALA LUMPUR, 22 Dis (Bernama) -- Tenaga Nasional Bhd (TNB) mengumumkan pelantikan Mahathir Nor Ismail sebagai Ketua Pegawai Kanan Rangkaian (SCNO) manakala Datuk Muhamad Nazri Pazil sebagai Ketua Pegawai Kanan Strategi & Kelestarian (SCSSO) berkuat kuasa 1 Jan, 2026, susulan pembentukan dua jawatan itu.

Peralihan Operasi MASwings Kepada AirBorneo Berkuat Kuasa Pada 1 Januari 2026 -- MAG

KUALA LUMPUR, 22 Dis (Bernama) -- Usaha peralihan operasi MASwings kepada AirBorneo akan berkuat kuasa pada 1 Jan, 2026, selepas selesainya proses pemindahan pemilikan di bawah perjanjian jual beli (SPA) dimeterai Malaysia Aviation Group (MAG) dan kerajaan Sarawak pada 12 Feb, 2025.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 22 Dis (Bernama) -- Indeks petunjuk pasaran Bursa Malaysia FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dibuka rendah pada Isnin berikutan pelabur mengambil keuntungan dalam saham wajaran tinggi berikutan prestasi indeks itu yang kukuh baru-baru ini walaupun Wall Street ditutup positif.

PHB Pacu Penyertaan Bumiputera Dalam Hartanah Sebagai Pemangkin Pembinaan Negara

KUALA LUMPUR, 22 Dis (Bernama) -- Memperluaskan penyertaan bumiputera dalam hartanah komersial merupakan tunjang penting Pelaburan Hartanah Bhd (PHB) dalam agenda pembinaan negara, yang mana, PHB menjadi institusi utama untuk memacu penciptaan kekayaan dan pertumbuhan ekonomi Malaysia.

Ringgit Mata Wang Berprestasi Terbaik Asia 2025, Diunjur Terus Mengukuh Tahun Depan

KUALA LUMPUR, 22 Dis (Bernama) – Tahun 2025 menyaksikan ringgit menambat kedudukan sebagai mata wang berprestasi terbaik di Asia berbanding mata wang serantau lain dengan pengukuhan unit tempatan itu dipacu oleh asas ekonomi serta angka eksport yang memberangsangkan.

Saudia Sasar Tingkat Penerbangan Malaysia-Arab Saudi, Manfaatkan Peranan KLIA

Oleh Kisho Kumari Sucedaram

KUALA LUMPUR, 22 Dis (Bernama) -- Saudia Airlines sedang mengenal pasti peluang untuk  meningkatkan kekerapan penerbangan antara Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan destinasi utama Arab Saudi pada 2026.

Ringgit Mengukuh Berbanding Dolar AS, Mata Wang Utama Didorong Perkembangan Positif Fiskal

KUALA LUMPUR, 22 Dis (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS dan mata wang utama lain pada Isnin berikutan perkembangan positif dalam kedudukan fiskal kerajaan Malaysia yang telah menyumbang dengan ketara kepada pengukuhan mata wang tempatan.