1tahun ago
KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Keuntungan bersih Malayan Banking Bhd (Maybank) meningkat 7.6 peratus kepada RM2.54 bilion pada suku ketiga berakhir 30 Sept 2024 berbanding RM2.36 bilion dalam tempoh yang sama tahun lepas.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Keuntungan bersih Petronas Dagangan Bhd (PetDag) naik kepada RM335.13 juta pada suku ketiga berakhir 30 September, 2024 berbanding RM184.72 juta dalam tempoh sama pada 2023 dipacu oleh margin kukuh.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- RHB Investment Bank Bhd, anak syarikat milik penuh RHB Bank Bhd, akan melepaskan kira-kira 99.95 peratus kepentingan ekuitinya dalam RHB Securities (Thailand) Public Company Ltd serta keluar daripada pasaran pembrokeran saham dan sekuriti Thailand.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan momentum minggu lepas dengan dibuka tinggi hari ini, menjejaki prestasi Wall Street semalaman yang lebih baik berikutan pelabur terus meletakkan kepercayaan pada strategi “beli kripto dan dolar” susulan kemenangan Donald Trump dalam pilihan raya.
1tahun ago
Oleh Jailani Hasan
LABUAN, 24 Nov (Bernama) -- Labuan Connect! 2024 yang didakan buat julung kalinya mengetengahkan usahawan tempatan di bawah Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) sekali gus menyediakan platform untuk mempamerkan produk kepada khalayak yang lebih meluas.
1tahun ago
LABUAN, 23 Nov (Bernama) -- Semangat keusahawanan di Wilayah Persekutuan Labuan terus pesat berkembang apabila perniagaan makanan tempatan semakin mendapat sambutan, didorong oleh sokongan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 21 Nov (Bernama) -- DRB-Hicom Bhd mencatat keuntungan sebelum cukai berjumlah RM282.56 juta bagi sembilan bulan pertama berakhir 30 Sept 2024, didorong perolehan yang stabil sebanyak RM12.23 bilion, dengan peningkatan 1.2 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas.
1tahun ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 21 Nov (Bernama) -- Tiga syarikat pembinaan terkemuka, MMC-Gamuda KVMRT Sdn Bhd, IJM Construction Sdn Bhd dan Sunway Construction Group Bhd memenangi Anugerah Projek Terbaik di Anugerah Kecemerlangan Industri Pembinaan Malaysia (MCIEA) 2024 baru-baru ini.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 21 Nov (Bernama) -- Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd (Bank Rakyat), melalui Imtiaz Sukuk II Bhd telah menerbitkan Sukuk SRI (Pelaburan Mampan dan Bertanggungjawab) ASEAN sulungnya berjumlah RM500 juta.
1tahun ago
ISKANDAR PUTERI, 21 Nov (Bernama) -- Kerajaan negeri membentangkan Belanjawan Johor 2025 yang merupakan belanjawan lebihan sebanyak RM5.12 juta pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor hari ini.
1tahun ago
Oleh Anas Abu Hassan
KUALA LUMPUR, 21 Nov (Bernama) -- Ekosistem yang kukuh berteraskan industri di China menjadi satu daripada faktor utama menarik perniagaan Malaysia memasuki pasaran negara itu sebagai sebahagian daripada strategi pengembangan mereka.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Petronas Chemicals Group Bhd (PCG) mencatatkan kerugian bersih sebanyak RM789 juta pada suku ketiga berbanding keuntungan bersih RM424 juta pada tempoh yang sama tahun lepas.