5bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Ogos (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) berpandangan konflik Iran-Israel yang berlanjutan dijangka menyebabkan lonjakan harga minyak global sekali gus meningkatkan harga bahan mentah dan kos logistik.
5bulan ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 18 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi disebabkan permintaan eksport yang kukuh dan pertumbuhan pengeluaran lebih perlahan.
5bulan ago
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 18 Ogos (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) berharap perusahaan kecil dan sederhana (PKS) akan menerima sokongan sewajarnya dalam Belanjawan 2026 supaya mereka lebih bersedia untuk mengeksport dan menembusi pasaran baharu.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Ogos (Bernama) -- Firma penyelidikan menaikkan unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi tahun 2025 kepada 4.2 peratus dan 4.3 peratus berikutan pengembangannya sebanyak 4.4 peratus pada suku kedua 2025 (S2 2025).
5bulan ago
KANGAR, 17 Ogos (Bernama) -- Agrobank terus komited memperkasakan golongan asnaf dan B40 melalui penyerahan geran iTEKAD berjumlah RM100,000 kepada 20 usahawan tani terpilih bagi melaksanakan projek penanaman nanas MD2 di Chuping dekat Padang Besar semalam.
5bulan ago
Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani
KUALA LUMPUR, 16 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatif dijangka didagangkan lebih rendah berikutan pembetulan teknikal antara jajaran RM3,800 satu tan hingga RM3,950 satu tan, kata peniaga kanan minyak sawit Interband Group of Companies Jim Teh.
5bulan ago
Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani
KUALA LUMPUR, 16 Ogos (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia dijangka mengalami trend bercampur-campur minggu hadapan berikutan ketidaktentuan pasaran komoditi dan kewangan global yang terus mempengaruhi niaga hadapan getah serantau, kata Persatuan Pengilang Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA).
5bulan ago
Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani
KUALA LUMPUR, 15 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives (BMD) ditutup lebih tinggi pada Jumaat, disokong oleh prestasi eksport yang lebih kukuh seperti yang dinyatakan oleh pemeriksa kargo, kata peniaga minyak sawit David Ng.
5bulan ago
PUTRAJAYA, 15 Ogos (Bernama) -- Dalam ekonomi global berdepan ketidaktentuan, prestasi Malaysia pada separuh pertama 2025 membuktikan dasar-dasar di bawah Kerangka Ekonomi MADANI menjana hasil untuk negara dan rakyat khususnya, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
5bulan ago
Oleh Zufazlin Baharuddin dan Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 15 Ogos (Bernama) -- Ekonomi Malaysia terus kekal berdaya tahan walaupun dalam keadaan dasar perdagangan global yang semakin tidak menentu, kata ahli ekonomi.
5bulan ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 15 Ogos (Bernama) -- Ringgit ditutup lebih kukuh minggu ini berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) di tengah-tengah kelemahan berterusan dolar AS susulan Indeks Harga Pengeluar (IHP) AS lebih tinggi daripada jangkaan pada Julai gagal memberikan sokongan berkekalan kepada mata wang itu.
5bulan ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 15 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Jumaat, seiring dengan prestasi hambar pasaran serantau, walaupun sentimen adalah positif susulan data Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi suku kedua 2025 yang memberangsangkan.