Terdapat 626 berita berdasarkan kata kunci carian "integrasi"

Malaysia Komited Wujudkan Ekosistem Mobiliti Seragam, Perkukuh Kedudukan ASEAN

KUALA LUMPUR, 20 Mac (Bernama) -- Malaysia menerusi inisiatif seperti pakatan Institut Automotif ASEAN, komited dalam mewujudkan satu ekosistem mobiliti yang seragam yang melonjakkan aspek inovasi, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Epic Sasar Hasil Lebih Tinggi Pada Tahun Kewangan 2025, Raih Kontrak Baharu Petronas - CEO

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) -- Eastern Pacific Industrial Corporation Bhd (EPIC) menyasarkan hasil sebanyak RM470 juta bagi tahun kewangan 2025 selepas meraih hasil memberangsangkan iaitu RM403.8 juta bagi tahun kewangan 2024 yang juga merupakan hasil tertinggi dalam sejarah syarikat.

Forest City Mahu Jadi Pemain Utama, Sedia Hab Pengangkutan SFZ, JS-SEZ

ISKANDAR PUTERI, 14 Mac (Bernama) -- Forest City bersedia menjadi pemain utama dalam pertumbuhan Zon Kewangan Khas (SFZ) yang juga sebahagian daripada Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dengan berperanan menyediakan hab pengangkutan.

Perdagangan Digital MADANI : Anjakan Perubahan Bantu PKS Manfaatkan Teknologi - Tengku Zafrul 

KUALA LUMPUR, 13 Mac (Bernama) -- Inisiatif Perdagangan Digital MADANI (MDT) mampu menjadi pencetus perubahan yang membolehkan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) meraih manfaat daripada teknologi seperti analisis dan data raya, pengkomputeran awan dan kecerdasan buatan (AI).

VentureTech Labur Dalam Pomen Untuk Pacu Pendigitalan Penyelenggaraan

PUTRAJAYA, 12 Mac (Bernama) -- VentureTech Sdn Bhd telah mengumumkan pelaburan strategik dalam Pomen Autodata Sdn Bhd untuk memacu transformasi digital dalam penyelenggaraan armada dan pengurusan tenaga kerja. 

ASEAN Perlu Manfaatkan RCEP, FTA Tangani Risiko Ekonomi Daripada Tarif AS

KUALA LUMPUR, 11 Mac (Bernama) -- ASEAN perlu mengoptimumkan pelaksanaan Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) dan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) ASEAN+1 yang dinaik taraf untuk mengurangkan risiko ketidaktentuan ekonomi akibat daripada pelaksanaan tarif Amerika Syarikat (AS). 

Silicon Connect Dan Semiwise Bekerjasama Kukuh Industri Semikonduktor

KUALA LUMPUR, 10 Mac (Bernama) -- Silicon Connect Sdn Bhd dan Semiwise Ltd dari United Kingdom telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) yang akan menyaksikan kedua-dua syarikat berkongsi kepakaran mereka dalam elektronik, semikonduktor serta teknologi.

U Mobile, CUMY Jalin Kerjasama Untuk IoT, Pertumbuhan Mobiliti Pintar

KUALA LUMPUR, 7 Mac (Bernama) -- U Mobile menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan China Unicom Operations (Malaysia) Sdn Bhd (CUMY) untuk memacu inovasi dalam Internet of Things (IoT), mobiliti pintar dan teknologi mampan, memacu penggunaan dalam kalangan perniagaan dan perusahaan besar di Malaysia.

ASEAN-BAC Cadang Perdagangan, Pelaburan Intra-ASEAN Lebih Kukuh

KUALA LUMPUR, 6 Mac (Bernama) -- Majlis Penasihat Perniagaan ASEAN (ASEAN-BAC) menggesa rantau ini memperkukuh perdagangan dan pelaburan intra-ASEAN berikutan pemecahan ekonomi global yang semakin meningkat.

OPR Konsisten Dengan Prospek Ekonomi Malaysia - Gabenor

KUALA LUMPUR, 6 Mac (Bernama) -- Berikut adalah wawancara dengan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour selepas mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) bagi Mac:-

WOU Bekerjasama Dengan Tiga Syarikat Bagi Perkukuh Semikonduktor Pulau Pinang

GEORGE TOWN, 6 Mac (Bernama) -- Wawasan Open University (WOU) memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan tiga syarikat bagi meningkatkan pembangunan tenaga kerja dalam sektor semikonduktor dan pembuatan di Malaysia khususnya di Pulau Pinang.

Rundingan DEFA Dimuktamadkan Akhir Tahun Ini - MITI

KUALA LUMPUR, 5 Mac (Bernama) -- Rundingan Perjanjian Rangka Kerja Ekonomi Digital (DEFA) akan dimuktamadkan pada akhir tahun ini, kata Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Liew Chin Tong.