1tahun ago
KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- IHH dan Petronas Dagangan terus menyokong indeks utama Bursa Malaysia di atas paras 1,600 semasa akhir dagangan sesi pagi pada Selasa, walaupun dalam keadaan penjualan saham bermodal sederhana yang menyebabkan keseluruhan pasaran tidak menentu.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) sedang mempertimbangkan beberapa insentif cukai untuk menarik pelabur ke Malaysia untuk menjadikan negara sebagai hab pengeluaran bahan api penerbangan mampan (SAF).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Keuntungan bersih Petronas Dagangan Bhd (PetDag) naik kepada RM335.13 juta pada suku ketiga berakhir 30 September, 2024 berbanding RM184.72 juta dalam tempoh sama pada 2023 dipacu oleh margin kukuh.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 21 Nov (Bernama) -- Kentungan bersih Petron Malaysia Refining and Marketing Bhd menyusut kepada RM4.63 juta pada suku ketiga berakhir 30 Sept 2024 daripada RM81.90 juta pada tahun sebelumnya dalam keadaan aliran penurunan harga minyak.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 21 Nov (Bernama) -- Petronas dan pihak berkepentingan lain dalam sektor tenaga di Asia Tenggara mengumumkan sektor itu berupaya memainkan peranan utama dalam usaha penyahkarbonan di rantau ini dengan menumpukan kepada pengurangan pelepasan metana.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 21 Nov (Bernama) -- Hubungan dua hala Malaysia yang baik dengan empat negara -- Mesir, Arab Saudi, Peru dan Brazil yang dikunjungi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini tidak hanya membuahkan hasil, malah turut memudahkan misi kerajaan bagi menarik perniagaan dan pelaburan baharu.
1tahun ago
Oleh Anas Abu Hassan
KUALA LUMPUR, 21 Nov (Bernama) -- Ekosistem yang kukuh berteraskan industri di China menjadi satu daripada faktor utama menarik perniagaan Malaysia memasuki pasaran negara itu sebagai sebahagian daripada strategi pengembangan mereka.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Keuntungan bersih Hibiscus Petroleum Bhd bagi suku pertama berakhir 30 Sept 2024, susut kepada RM75.60 juta daripada RM154.30 juta yang dicatatkan semasa suku yang sama tahun sebelum ini.
1tahun ago
RIO DE JANEIRO (Brazil), 19 Nov (Bernama) -- Lawatan sulung Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Brazil berjaya menghasilkan potensi eksport sebanyak RM6.8 bilion (US$1.57 bilion) bagi tempoh tiga hingga lima tahun akan datang.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Kerajaan kekal memberikan insentif untuk pembangunan infrastruktur pengecas kenderaan elektrik (EV) walaupun tidak dinyatakan secara khusus di dalam Belanjawan 2025.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- EA Technique (M) Bhd (EATech) menerusi anak syarikat milik penuhnya Libra Perfex Precision Sdn Bhd (LIBRA) berjaya memperoleh tiga kontrak lanjutan daripada Petronas Floating LNG 1 (L) Ltd (PFLNG1) bernilai RM63.9 juta.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia meraih prestasi positif pada tengah hari dengan mencecah paras 1,600 memandangkan pelabur membeli saham wajaran tinggi terpilih dalam sektor produk dan perkhidmatan industri, utiliti serta telekomunikasi dan media.