Terdapat 738 berita berdasarkan kata kunci carian "ihh"

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Seiring Prestasi Wall Street, Sentimen Berhati-hati

KUALA LUMPUR, 16 April (Bernama) -- Bursa Malaysia menyaksikan dagangan rendah pada sesi awal Rabu, menjejaki kerugian semalaman Wall Street di tengah-tengah sentimen waspada kalangan pelabur susulan kecelaruan dasar tarif Presiden Donald Trump.

Bursa Malaysia Teruskan Kenaikan Disokong Sentimen Positif

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan momentum positifnya untuk ditutup lebih tinggi hari ini berikutan sentimen pelabur yang bertambah baik seiring dengan prestasi pasaran serantau yang memberangsangkan.

Bursa Malaysia Meningkat Pada Sesi Awal Seiring Prestasi Wall Street

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka meningkat pada Selasa, dipacu oleh sentimen positif susulan prestasi semalaman Wall Street yang kukuh.

Aktiviti Belian Pacu Bursa Malaysia Naik 20.68 Mata Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi Isnin dengan lebih mengukuh, didorong oleh minat belian baharu yang ketara dan merentasi papan indeks dengan kenaikan diterajui oleh saham-saham wajaran tinggi produk industri, kewangan dan telekomunikasi.

Bursa Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Isnin, disokong oleh aktiviti belian saham pada harga rendah dan menjejaki prestasi Wall Street yang kukuh pada Jumaat lepas.

Bursa Malaysia Ditutup Lebih Rendah

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) berada dalam wilayah negatif hari ini dengan mengakhiri minggu ini dalam keadaan suram, terjejas dengan penjualan saham mewah perbankan memandangkan pelabur terus menilai prospek perdagangan global.

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- Bursa Malaysia rendah semasa mengakhiri sesi dagangan pagi ini, diniagakan secara berhati-hati berikutan ketidaktentuan pasaran yang meningkat dan para peserta terus mengurangkan pendedahan terhadap risiko.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- Bursa Malaysia merosot daripada kenaikan semalam apabila dibuka rendah pada Jumaat, sejajar dengan prestasi Wall Street yang lemah berikutan kebimbangan baharu mengenai prospek perdagangan global.

Penangguhan Tarif AS Dorong Bursa Malaysia Ditutup Tinggi, CI Meningkat 4.47 Peratus

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- Bursa Malaysia meningkat semula dengan ketara untuk ditutup tinggi pada Khamis sementara indeks penanda aras melonjak 4.47 peratus, dalam keadaan sentimen pasaran yang bertambah baik di seluruh rantau susulan pengumuman penangguhan sementara tarif Amerika Syarikat (AS).

Bursa Malaysia Teruskan Momentum Meningkat, Naik 64.41 Mata Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi Khamis dengan lebih tinggi, didorong oleh sentimen positif susulan pengumuman penangguhan sementara tarif oleh Amerika Syarikat (AS) yang meredakan potensi perang dagangan besar-besaran serta berlakunya kemelesetan ekonomi.

AS Tangguh Tarif, Bursa Malaysia Melonjak Pada Sesi Awal

KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- Bursa Malaysia memulakan dagangan Khamis dengan meningkat mendadak, menjejaki prestasi semalaman pasaran Wall Street selepas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengumumkan penangguhan sementara tarif, kata penganalisis.

Aktiviti Jualan Seret Bursa Malaysia Ditutup Rendah

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan penyusutan pada akhir dagangan Selasa, diasak aktiviti jualan merentasi papan indeks di tengah-tengah bahang perang dagangan global yang kian meruncing dengan indeks penanda aras melepasi paras 1,400.