Terdapat 1322 berita berdasarkan kata kunci carian "perdana menteri "

RUU Insolvensi Rentas Sempadan 2025 Sokong Usaha Tarik Pelaburan Asing, Perkukuh Ekonomi

KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- Penggubalan Rang Undang-Undang (RUU) Insolvensi Rentas Sempadan 2025 mampu menyokong matlamat jangka panjang negara dalam menarik pelaburan langsung asing di samping memperkukuh kestabilan ekonomi negara.

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka meningkat sedikit pada hari ini, disokong oleh minat belian sederhana susulan gencatan senjata Thailand-Kemboja yang terbukti membantu meredakan kebimbangan berkaitan politik serantau.

Ekonomi Malaysia Kekal Di Landasan Pertumbuhan Disokong Pelbagai Faktor Positif - Gabenor BNM

KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) -- Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour yakin ekonomi Malaysia masih berada pada trajektori pertumbuhan yang kukuh meskipun berdepan ketidaktentuan akibat pelaksanaan tarif oleh Amerika Syarikat (AS).

Semakan Unjuran Pertumbuhan KDNK Cerminkan Realiti Ekonomi Malaysia - Ahli Ekonomi

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) -- Semakan terhadap unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi 2025 oleh Bank Negara Malaysia (BNM) adalah jangkaan yang realistik dan seiring dengan potensi pertumbuhan asas ekonomi negara, kata ahli ekonomi Profesor Geoffrey Williams.

Dua Syarikat Bumiputera Disasar Tersenarai Di Bursa Malaysia Menjelang Akhir Tahun - TPM Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) — Kerajaan mensasarkan sekurang-kurangnya dua syarikat Bumiputera akan tersenarai di Bursa Malaysia menjelang akhir tahun ini.

10,000 Jurutera Tempatan Akan Dilatih Di Bawah Program Semikonduktor Arm - Amirudin

SUBANG JAYA, 28 Julai (Bernama) -- Seramai 10,000 jurutera tempatan dijangka mendapat latihan dalam bidang semikonduktor melalui program latihan oleh syarikat reka bentuk semikonduktor dari United Kingdom, Arm dalam tempoh 10 tahun, kata Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.

Pelaburan Infineon Kukuhkan Malaysia Sebagai Hab Semikonduktor Global, Cipta 1,500 Pekerjaan

KUALA LUMPUR, 27 Julai (Bernama) --  Pelaburan mega oleh Infineon Technologies bukan sahaja melonjakkan Malaysia sebagai pusat pengeluaran semikonduktor global, malah mewujudkan 1,500 peluang pekerjaan bergaji tinggi kepada rakyat Malaysia, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Malaysia Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Megah Port Fokus Rancangan Kerjasama Baharu Di Festival Flora Borneo 2025

LABUAN, 27 Julai (Bernama) -- Megah Port Management Sdn Bhd (MPM) memanfaatkan penyertaan dalam Festival Flora Borneo 2025 untuk menonjolkan keupayaan logistik maritim dan operasi pelabuhan Labuan, di samping menggariskan perancangan libat urus dengan agensi kerajaan, sektor korporat dan masyarakat umum.

Kerajaan Persekutan Tekad Perkasa JS-SEZ - PM Anwar

MUAR, 27 Julai (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan komitmen Kerajaan Persekutuan untuk memperkasa Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ)  dan melonjakkan pembangunan Johor sebagai pintu masuk strategik negara.

Kerjasama NVIDIA-YTL Power Berupaya Jadikan Malaysia Hab, Pusat Kecemerlangan AI ASEAN

KUALA LUMPUR, 26 Julai (Bernama) -- Malaysia kini berada di landasan untuk muncul sebagai hab Kecerdasan Buatan (AI) dan Pusat Kecemerlangan AI di ASEAN menerusi pemeteraian kerjasama antara Corporation dan YTL Power International Bhd.

Seramai 220 Usahawan Felda Akan Sertai Karnival Mega 3 Dimensi

KUALA LUMPUR, 26 Julai (Bernama) -- Seramai 220 usahawan dari kalangan warga Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) akan menyertai Karnival Mega 3 Dimensi (MK3D) yang akan berlangsung pada 30 Julai hingga 3 Ogos ini di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), di sini.

Pelaburan RM63 Bilion: Perak Nikmati Limpahan, Tumpuan Baharu Industri E&E Dan Automotif

IPOH, 26 Julai (Bernama) -- Negeri Perak kini berada di landasan baharu dalam pembangunan perindustrian apabila sebahagian daripada pelaburan strategik negara berjumlah RM63 bilion mula memberi kesan langsung khususnya dalam sektor semikonduktor serta automotif.