1tahun ago
KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Persatuan Automotif Malaysia (MAA) mengunjurkan jumlah keseluruhan industri (TIV) 2024 bagi kenderaan bermotor pada 800,000 unit, meningkat 35,000 unit atau 4.57 peratus daripada anggaran sebelumnya sebanyak 765,000 unit.
1tahun ago
Daripada M. Saraswathi
LIMA (Peru), 14 Nov (Bernama) -- Malaysia dan Peru menegaskan komitmen kukuh mereka terhadap multilateralisme, dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai teras, serta berkongsi pandangan yang sama mengenai kepentingan memperkukuh institusi multilateralisme untuk menangani cabaran global dan serantau.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM7.063 bilion sebagai suntikan modal bagi membiayai komitmen kewangan syarikat Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD), kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Kementerian Kewangan dan Kementerian Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air sedang meneliti serta menimbang permohonan bayaran pelepasan kos tidak berimbang (ICPT) kepada Sabah Electricity Sdn Bhd berjumlah RM162 juta bagi tempoh Jun hingga Disember 2023 .
1tahun ago
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Rabu, mengakhiri kenaikan beberapa hari lepas berikutan kadar eksport yang lebih perlahan menjejaskan harga, kata seorang peniaga.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini menjelang pengumuman data inflasi Amerika Syarikat (AS) pada Oktober, mencerminkan peningkatan dalam pasaran emas COMEX AS.
1tahun ago
Oleh Anas Abu Hassan
KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Ringgit susut berbanding dolar US untuk hari ketiga berturut-turut berikutan kenaikan Indeks Dolar US (DXY) menjelang pengumuman data inflasi Amerika Syarikat (AS) malam ini, kata seorang pakar ekonomi.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Rabu.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Johor Plantations Group Bhd mencatatkan peningkatan dalam keuntungan bersihnya kepada RM77.11 juta bagi suku ketiga berakhir 30 Sept, 2024 (S3 2024) daripada RM68.28 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas.
1tahun ago
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur terus ditutup bercampur-campur pada Rabu dalam persekitaran harga minyak mentah meningkat, kata peniaga.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Bidaan tenaga boleh baharu (TBB) rentas sempadan Malaysia bagi pengimport tenaga Singapura, di bawah Energy Exchange Malaysia (ENEGEM) akan bermula menjelang akhir tahun ini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Malaysia komited untuk mencapai pelepasan gas rumah hijau sifar bersih menjelang 2050, meletakkan dirinya sebagai pemain global yang bertanggungjawab dalam menangani perubahan iklim walaupun menyumbang hanya 0.8 peratus daripada pelepasan global.