BERITA TERKINI   Malaysia komited mendukung pendekatan terbuka ASEAN yang berteraskan kepercayaan, keterangkuman dan manfaat bersama - Mohamad Hasan | Penyertaan Algeria dan Uruguay ke dalam TAC jadi pemangkin kerjasama lebih erat antara ASEAN dan kedua-dua rantau berkenaan - Mohamad Hasan  | Algeria dan Uruguay secara rasmi sertai TAC pada AMM ke-58 di Kuala Lumpur | Kadar siling dan lantai koridor OPR juga dikurangkan masing-masing kepada 3 peratus dan 2.5 peratus - BNM | Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara Malaysia mengurangkan Kadar Dasar Semalaman sebanyak 25 mata asas kepada 2.75 peratus | 

Terdapat 44 berita berdasarkan kata kunci carian " fdi"

Pertumbuhan Kukuh, Kestabilan Politik Buka Laluan Pembaharuan Penting Malaysia - Morgan Stanley

KUALA LUMPUR, 24 Okt (Bernama) -- Kestabilan politik dan pertumbuhan kukuh yang dicatatkan Malaysia baru-baru ini membuka laluan untuk kerajaan melaksanakan pembaharuan penting, termasuk menyusun semula subsidi bahan api dan tenaga yang tinggi, menurut Morgan Stanley Investment Management.

Strategi Pelbagai Hala Kerajaan Seimbangkan Disiplin Fiskal, Pertumbuhan Ekonomi - MIER

KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) -- Strategi pelbagai hala oleh kerajaan memperlihatkan tumpuan kepada konsolidasi fiskal di samping menyokong pertumbuhan ekonomi dan mengekalkan jaringan keselamatan sosial, kata Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER).

Malaysia Teraju Kesejahteraan Ekonomi ASEAN Menerusi Sumber, Infrastruktur Digital

KUALA LUMPUR, 18 Okt (Bernama) -- Malaysia berada pada kedudukan baik dalam memacu ASEAN ke arah kemakmuran ekonomi dan integrasi serantau dengan memanfaatkan sumber dan infrastruktur digital disokong oleh kerajaan yang stabil dan dasar yang jelas.

Malaysia Boleh Tingkatkan FDI Menerusi Inisiatif Belanjawan 2025 - Penganalisis

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, Oct 11 (Bernama) -- Malaysia boleh meningkatkan pelaburan langsung asingnya (FDI) melalui Belanjawan 2025 dengan menawarkan insentif cukai yang berani, mempermudahkan peraturan dan menyokong sektor bersasar, kata penganalisis.

Malaysia Semakin Menarik Kepada Pelabur Asing - UBS Global Research

KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Malaysia menjadi semakin menarik kepada pelabur asing atas beberapa faktor, seperti kestabilan politik negara dan prestasinya dalam melaksanakan tanggungjawab fiskal, menurut UBS Global Research. 

Bank Dunia Naikkan Unjuran Pertumbuhan Ekonomi Malaysia Kepada 4.9 Peratus Bagi 2024

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Kumpulan Bank Dunia menaikkan unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia kepada 4.9 peratus pada 2024, daripada 4.3 peratus yang ditetapkan pada April lalu.

Johor Catat Pelaburan Komited RM12.93 Bilion Suku Kedua 2024

ISKANDAR PUTERI, 3 Okt (Bernama) -- Johor mencatatkan jumlah pelaburan komited sebanyak RM12.93 bilion sehingga tempoh suku kedua tahun ini, demikian persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor diberitahu hari ini.

Pulau Pinang Catat Pelaburan Pembuatan Diluluskan RM411.8 Juta Dari China

GEORGE TOWN, 24 Sept (Bernama) -- Pulau Pinang mencatat pelaburan pembuatan diluluskan bernilai RM411.8 juta dari China bagi tempoh separuh pertama tahun ini, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.