23hari ago
KUALA LUMPUR, 25 Jun (Bernama) -- Ringgit meneruskan momentum kenaikan untuk dibuka tinggi berbanding dolar AS dan mata wang utama lain pada Rabu selepas Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) memberi petunjuk bahawa mereka tidak tergesa-gesa untuk menurunkan kadar faedah, sebaliknya memilih untuk memantau hala tuju ekonomi, kata penganalisis.
23hari ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- Ringgit ditutup lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), didorong oleh kemungkinan gencatan senjata dalam konflik Israel-Iran, kata ahli ekonomi.
24hari ago
KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- Pengeluar minyak sawit Malaysia perlu mempergiat usaha untuk melindung nilai dan mempelbagaikan aktiviti hiliran bagi mengurangkan risiko turun naik harga secara mendadak, kata ketua ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid.
24hari ago
KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- Ringgit memulakan urus niaga Selasa dengan lebih mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) susulan kemungkinan krisis di Timur Tengah mereda apabila Presiden Donald Trump mengumumkan gencatan senjata antara Israel dan Iran, kata penganalisis.
24hari ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Isnin apabila penglibatan AS dalam perang antara Israel dan Iran telah meningkatkan permintaan terhadap aset selamat seperti dolar AS, kata penganalisis.
25hari ago
KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada Isnin walaupun Indeks Dolar AS (DXY) mengukuh berikutan ketegangan geopolitik yang berterusan dengan penglibatan Amerika Syarikat (AS) dalam konflik Israel-Iran yang menjadi tumpuan, kata penganalisis.
27hari ago
Oleh Zarul Effendi Razali
KUALA LUMPUR, 21 Jun (Bernama) -- Ringgit dijangka terus bertahan dalam julat terhad minggu depan, berikutan peniaga dan pelabur akan kekal memantau perkembangan konflik ketenteraan di Timur Tengah, kata seorang penganalisis.
27hari ago
Oleh Zarul Effendi Razali
KUALA LUMPUR, 20 Jun (Bernama) -- Ringgit meningkat daripada penurunan semalam untuk ditutup lebih tinggi berbanding dolar AS pada Jumaat berikutan perkembangan terkini perang Iran-Israel telah mencetuskan minat belian dalam mata wang pesat membangun, kata peniaga.
28hari ago
KUALA LUMPUR, 20 Jun (Bernama) -- Ringgit memulakan urus niaga Jumaat dengan lebih mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika pelabur kekal dalam sentimen berhati-hati dalam senario konflik Timur Tengah yang kian meruncing, kata penganalisis.
28hari ago
Oleh Zarul Effendi Razali
KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) -- Ringgit terus ditutup rendah berbanding dolar AS pada Khamis, dipengaruhi oleh kebimbangan yang semakin meningkat terhadap prospek kewangan global, kata seorang peniaga.
29hari ago
Oleh Anas Abu Hassan and Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi hari ini dalam situasi kebimbangan geopolitik yang berterusan dan walaupun dolar AS mengukuh selepas Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) memutuskan untuk mengekalkan kadar faedah, kata penganalisis.
29hari ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) -- Ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar AS pada Rabu menjelang keputusan mengenai kadar faedah Amerika Syarikat (AS) lewat hari ini dan ketegangan antara Israel dan Iran yang terus meningkat.