8bulan ago
Oleh Karina Imran
KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- Hari ketiga Mesyuarat Menteri Kewangan dan Gabenor Bank Pusat ASEAN (AFMGM) ke-12 dan mesyuarat berkaitan, menyaksikan perbincangan produktif antara menteri ASEAN dan majlis perniagaan utama.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- Permodalan Nasional Bhd (PNB) sedang mempertimbangkan untuk melepaskan pegangannya dalam pelaburan legasi, membolehkannya mengukuhkan kelas aset lain termasuk pendapatan tetap, kata Timbalan Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulannya, Datuk Rick Ramli.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia (BNM MAG) menganjurkan dua pameran baharu ‘Numismatic Marvel: Minted History, Printed Heritage' dan 'Palette and Pen' bersempena dengan Mesyuarat Menteri Kewangan dan Gabenor Bank Pusat ASEAN (AFMGM) ke-12.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- Pasaran ekuiti dan kewangan Malaysia berkemampuan untuk mengharungi ketidaktentuan yang diakibatkan oleh tarif Amerika Syarikat (AS) didorong oleh sokongan institusi yang kukuh dan kecairan yang mencukupi, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- Pembinaan projek jambatan kedua yang menghubungkan Rantau Panjang, Kelantan, dan Sungai Golok, Narathiwat merupakan langkah penting ke arah memperkukuh ketersambungan serantau dan integrasi ekonomi dalam ASEAN.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- ASEAN, yang kekal komited menaik taraf Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) sedia adanya bagi memastikan ia kekal relevan dan berkesan akan menyaksikan FTA ASEAN-Australia-New Zealand (AANZFTA) dinaik taraf pada 21, April 2025.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- Majlis Penasihat Perniagaan ASEAN (ABAC) meminta sokongan daripada Menteri-Menteri Kewangan dan Gabenor Bank Pusat ASEAN untuk menyokong 12 inisiatif strategiknya, yang termasuk rangka kerja Entiti Perniagaan ASEAN (ABE) bagi meningkatkan integrasi ekonomi, keterangkuman dan kerjasama serantau.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- Para menteri kewangan ASEAN hari ini mula sibuk dengan usaha untuk mewujudkan prasyarat dan inisiatif yang diperlukan bagi memperkukuh integrasi kewangan lebih-lebih lagi susulan tarif yang menjejaskan semua negara anggota.
8bulan ago
Oleh Muhammad Faiz Baharin
KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) -- ASEAN perlu proaktif dalam merangka strategi yang bukan sahaja responsif kepada cabaran semasa tetapi juga berfikiran kehadapan untuk mencapai kemakmuran jangka panjang.
8bulan ago
Oleh Siti Baaqiah Mamat
KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) -- Langkah menubuhkan Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) dan Portal Fraud Kebangsaan membuahkan tanda-tanda awal kejayaan dalam memerangi peningkatan kes penipuan yang dilaporkan dalam beberapa tahun kebelakangan ini, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) -- Perpaduan dalam kalangan anggota ASEAN akan menentukan kejayaan sepuluh negara anggota itu dalam mengharungi badai tarif AS yang telah menjejaskan rantau ini, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
8bulan ago
Oleh Muhammad Faiz Baharin
KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) dan National Bank of Cambodia melancarkan fasa kedua pembayaran QR rentas sempadan yang akan membolehkan pengguna dan peniaga di kedua-dua negara membuat dan menerima pembayaran segera daripada institusi kewangan menyertainya.