Terdapat 1691 berita berdasarkan kata kunci carian " br"

Ringgit Dibuka Kukuh Berbanding Dolar AS, Diniaga Bercampur-campur Berbanding Rakan Serantau

KUALA LUMPUR, 29 April (Bernama) -- Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) namun diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang lain pada awal urus niaga hari ini, susulan sentimen berhati-hati terhadap turun naik harga minyak serta perkembangan di Selat Hormuz, kata seorang penganalisis.

Harga Minyak Mentah Global Naik Mendadak Susulan UAE Keluar OPEC, OPEC+

KUALA LUMPUR, 28 April (Bernama) -- Harga minyak mentah global meningkat mendadak berikutan pengumuman bahawa Emiriah Arab Bersatu (UAE) telah keluar daripada Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan pakatan OPEC+.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Bercampur-campur Walaupun Harga Minyak Mentah Meningkat

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 28 April (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup bercampur-campur hari ini walaupun harga minyak mentah meningkat, kata seorang peniaga.

Ringgit Ditutup Tinggi Berbanding Mata Wang Utama, Serantau

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 28 April (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding mata wang utama dan unit  serantau, namun tidak berubah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa susulan sentimen berhati-hati dalam kalangan pelabur ekoran kenaikan harga minyak mentah.

Kerajaan Perkukuh Daya Tahan Ekonomi, Jamin Bekalan Tenaga Dan Kos Tidak Meningkat - Akmal Nasrullah

KUALA LUMPUR, 28 April (Bernama) -- Kerajaan bukan sekadar menumpukan kepada penstabilan harga, malah memastikan bekalan tenaga dan keperluan asas kekal terjamin, kos sara hidup rakyat tidak meningkat secara mendadak serta daya tahan ekonomi negara terus diperkukuh untuk jangka panjang, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.

Bursa Malaysia Ditutup Pada Paras Tertinggi Harian Susulan Sentimen Tempatan Lebih Baik

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 28 April (Bernama) -- Bursa Malaysia meningkat 0.71 peratus untuk ditutup pada paras tertinggi harian berikutan sentimen tempatan yang semakin baik serta pembelian terpilih dalam kaunter berkaitan indeks susulan penyusutan harga baru-baru ini.

Pasaran Getah Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 28 April (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah hari ini, disokong oleh jangkaan bekalan meningkat selepas tempoh daun pokok getah gugur, kata peniaga.

Ringgit Dibuka Kebanyakannya Tinggi Berbanding Mata Wang Utama, ASEAN

KUALA LUMPUR, 28 April (Bernama) -- Ringgit diniaga kebanyakannya tinggi berbanding mata wang utama lain dan ASEAN dalam dagangan awal hari ini dalam persekitaran sentimen berhati-hati dalam pasaran mata wang.

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Susulan Harga Minyak Kukuh, Data Positif China

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 27 April (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi hari ini, disokong oleh kenaikan harga minyak mentah dan data positif dari China, kata peniaga.

Ringgit Dijangka Didagangkan Dalam Julat RM3.94 Hingga RM3.96 Berbanding Dolar AS Minggu Depan

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 25 April (Bernama) -- Ringgit dijangka didagangkan pada jajaran sempit minggu depan, berlegar antara RM3.94 hingga RM3.96 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) memandangkan pelabur menunggu data ekonomi selanjutnya dari negara itu, menurut ahli ekonomi.

Ringgit Ditutup Tinggi Berbanding Kebanyakan Mata Wang Utama, Mendatar Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 24 April (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding kebanyakan mata wang utama dan kekal stabil berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat.

Data Dagangan Malaysia Kukuh, Ringgit Meningkat Berbanding Mata Wang Utama

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 24 April (Bernama) -- Ringgit memulakan urus niaga Jumaat dengan mencatat pengukuhan berbanding mata wang utama dunia, termasuk dolar Amerika Syarikat (AS) ketika pasaran memanfaatkan kelebihan data perdagangan Malaysia yang positif pada Mac.