Terdapat 9515 berita berdasarkan kata kunci carian " c"

Perodua Rancang Pengeluaran Model Ativa Hibrid Secara Tempatan

RAWANG, 14 Mei (Bernama) -- Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) merancang untuk melakukan pengeluaran model Ativa hibrid secara tempatan, kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad.

Asia Perlu Perkukuh Kerjasama Industri Gentian Kimia Dan Tekstil - MITI

GEORGE TOWN, 14 Mei (Bernama) -- Negara-negara Asia dalam industri gentian kimia dan tekstil perlu memperkukuh kolaborasi strategik serta mempercepat peralihan kepada pengeluaran lebih mampan bagi memastikan industri itu terus berdaya saing di peringkat global.

Penduduk Malaysia Meningkat Kepada 34.4 Juta, Kadar Pertumbuhan Lebih Perlahan - DOSM

PUTRAJAYA, 14 Mei (Bernama) -- Penduduk Malaysia pada suku pertama (S1) 2026 dianggarkan berjumlah 34.4 juta berbanding 34.2 juta dalam tempoh sama tahun lepas, dengan kadar pertumbuhan lebih perlahan iaitu 0.5 peratus, menurut laporan perangkaan demografi bagi S1 tahun ini yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) hari ini.

Unit Destini Peroleh Kontrak Pengendalian Tiub TRS Daripada Petronas Carigali

KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) -- Anak syarikat Destini Bhd, Destini Oil Services Sdn Bhd (DOS) memperoleh kontrak daripada Petronas Carigali Sdn Bhd (PCSB) bagi menyediakan perkhidmatan pengendalian tiub TRS.

Malaysia Mesti Membina Eksport Berdaya Tahan, Tidak Bergantung Pada Pelepasan Tarif AS

KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) -- Malaysia mesti membina keupayaan eksport yang lebih berdaya tahan berbanding terus bergantung kepada pelepasan tarif sementara Amerika Syarikat (AS), kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.

Bursa Malaysia Tinggi Pada Tengah Hari Dipacu Belian Saham Modal Kecil

KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi Khamis dengan lebih tinggi, didorong minat belian bagi saham bermodal kecil ketika beberapa kaunter wajaran tinggi diasak aktiviti pengambilan untung.

Pertumbuhan KDNK Suku Pertama Dijangka Tepati Unjuran Awal 5.3 Peratus Atau Lebih Baik - Akmal Nasrullah

KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) -- Pertumbuhan ekonomi Malaysia bagi suku pertama tahun ini dijangka menepati unjuran awal 5.3 peratus atau berpotensi mencatatkan prestasi lebih baik, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.

MTDC Perkukuh Laluan Pertumbuhan Syarikat Teknologi Menerusi R2G 2026

KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC) sedang memperkukuh akses industri dan laluan pertumbuhan bagi syarikat-syarikat teknologi menerusi inisiatif Road To Growth (R2G) 2026 Wilayah Tengah.

Kerajaan Teliti Insentif Trak EV Bagi Kurangkan Kos Subsidi Diesel

KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) -- Kerajaan sedang mengenal pasti kaedah bagi memberi insentif kepada pengendali pengangkutan menggunakan trak elektrik (EV) yang menjadi sebahagian usaha jangka panjang mengurangkan kos subsidi diesel.

Aktiviti Pasaran Harta Tanah Suku Pertama 2026 Tumbuh Sederhana, 89,966 Transaksi Bernilai RM51.9 Bilion

KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) -- Aktiviti pasaran harta tanah negara mencatat pertumbuhan sederhana dengan 89,966 transaksi bernilai RM51.9 bilion pada suku pertama 2026, kata Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta Abdul Razak Yusak.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Seiring Bursa Serantau

KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Khamis, menjejaki kenaikan merentasi pasaran serantau dalam persekitaran minat belian baharu dalam saham wajaran tinggi terpilih.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Hari Ketujuh Berturut-turut

KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada hari dagangan ketujuh berturut-turut menjelang pertemuan antara Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dan Presiden China Xi Jinping pada 14 hingga 15 Mei 2026.