2bulan ago
KUALA LUMPUR, 4 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia secara keseluruhannya ditutup rendah pada Rabu berikutan trend penyusutan di pasaran serantau, dengan Korea Selatan mencatat penurunan ketara berikutan pelabur memberikan reaksi terhadap kesan geopolitik yang semakin meluas.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 4 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah sedikit pada Rabu, menjejaki prestasi lemah Wall Street semalaman.
2bulan ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 3 Mac (Bernama) -- Indeks petunjuk pasaran Bursa Malaysia meningkat semula daripada penurunan selama lima hari pada Selasa, memulihkan sebahagian kerugian semalam, didorong oleh kenaikan saham perbankan berwajaran tinggi, minyak dan gas serta minat belian semula saham runcit terpilih walaupun prestasi pasaran serantau merosot.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 3 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia kembali meningkat untuk dibuka tinggi pada Selasa didorong aktiviti belian saham pada harga rendah selepas jualan besar-besaran semalam.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 2 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia rendah ketika mengakhiri sesi dagangan pagi, seiring dengan pasaran serantau, berikutan sentimen berhati-hati pelabur terhadap ekuiti akibat konflik yang sedang berlaku di Timur Tengah.
2bulan ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Khamis, namun berjaya pulih daripada paras terendah harian, dipengaruhi oleh aktiviti pengambilan untung khususnya dalam saham perkhidmatan kewangan.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia rendah ketika mengakhiri sesi dagangan pagi ini, seiring penurunan prestasi pasaran serantau.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Khamis tetapi menyusut kemudiannya didorong oleh aktiviti pengambilan untung walaupun Wall Street mencatatkan kenaikan semalaman.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- Capital A Bhd mencatat keuntungan bersih RM13.03 bilion pada tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2025 (TK2025), berbanding kerugian bersih RM501.24 juta pada tahun sebelumnya.
2bulan ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Rabu susulan aktiviti pengambilan untung, sekali gus mencatat penurunan untuk sesi kedua berturut-turut.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia memulakan dagangan Rabu dengan meningkat namun susut kemudiannya ketika pelabur lebih berhati-hati di tengah-tengah ketidaktentuan membabitkan dasar perdagangan Amerika Syarikat (AS).
2bulan ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 19 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan momentum positifnya untuk ditutup tinggi pada Khamis berikutan sentimen pasaran positif yang dipacu oleh data makroekonomi yang lebih kukuh daripada jangkaan.