8hari ago
KUALA LUMPUR, 12 Mei (Bernama) -- Kementerian Kewangan (MOF) sedang meneroka kaedah bagi mewujudkan laluan untuk lebih banyak syarikat berkaitan semikonduktor, termasuk syarikat berkaitan pelaburan langsung asing (FDI) dan firma tempatan disenaraikan di Bursa Malaysia, kata Timbalan Menteri Kewangan Liew Chin Tong.
9hari ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 11 Mei (Bernama) -- Tekanan jualan saat-saat akhir mengheret Bursa Malaysia ditutup rendah pada Isnin selepas merekodkan kenaikan awal, apabila pengambilan untung dalam saham perbankan dan pengangkutan berwajaran tinggi menjejaskan sentimen pasaran secara keseluruhan.
9hari ago
Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi
KUALA LUMPUR, 11 Mei (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah pada Isnin dipengaruhi oleh pasaran niaga hadapan getah serantau meskipun harga minyak mentah lebih kukuh, kata seorang peniaga.
9hari ago
KUALA LUMPUR, 11 Mei (Bernama) -- Sektor perkhidmatan mencatat pertumbuhan sebanyak 8.1 peratus tahun ke tahun pada suku pertama 2026 dengan hasil mencecah RM682.0 bilion, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
9hari ago
KUALA LUMPUR, 11 Mei (Bernama) -- Indeks petunjuk pasaran Bursa Malaysia kekal melebihi paras 1,700 mata pada akhir sesi dagangan pagi, disokong oleh minat belian, terutamanya di kaunter perladangan dan penjagaan kesihatan.
11hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) -- Mata wang ringgit dijangka diniagakan dalam julat RM3.90 hingga RM3.95 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu depan menjelang pertemuan penting antara Presiden Donald Trump dan Presiden Xi Jinping.
12hari ago
BATU KAWAN, 8 Mei (Bernama) -- Dakwaan bahawa semua kenderaan elektrik (EV) akan menjadi mahal susulan pelaksanaan semula duti import ke atas EV import sepenuhnya (CBU) mulai Julai ini adalah tidak tepat kerana pengguna masih mempunyai pilihan EV pada harga berpatutan menerusi pemasangan tempatan (CKD).
12hari ago
KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB) menyemak semula unjuran pertumbuhan Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) pembuatan 2026 untuk Malaysia kepada 4.3 peratus daripada 3.5 peratus sebelumnya (2025: 4.5 peratus).
12hari ago
KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri kenaikan lima hari berturut-turut untuk ditutup rendah pada Jumaat susulan aktiviti pengambilan untung, seiring prestasi lemah pasaran global apabila perkembangan ketenteraan baharu antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran menjejaskan selera risiko pelabur, kata penganalisis.
12hari ago
KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) meningkat 3.1 peratus tahun ke tahun pada Mac 2026, dipacu oleh pertumbuhan 5.5 peratus dalam output sektor pembuatan, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
12hari ago
KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Sektor pembuatan mencatatkan nilai jualan RM173.1 bilion pada Mac 2026, meningkat 5.3 peratus tahun ke tahun, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
12hari ago
KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia mengekalkan momentum penurunan pada tengah hari ini, sejajar dengan prestasi pasaran serantau yang lemah apabila sentimen terjejas oleh perkembangan baharu berkaitan konflik Amerika Syarikat (AS)-Iran.