7bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Mei (Bernama) -- Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNPk) memeterai dua memorandum persefahaman (MoU) bagi memajukan industri maritim, halal dan berfokuskan masa depan.
7bulan ago
Oleh Mohd Khairi Idham Amran
JOHOR BAHRU, 29 Mei (Bernama) -- Johor Corporation (JCorp) secara aktif sedang mentakrifkan semula seni bina ekonomi Johor di luar sektor tradisional dengan membentuk gelombang platform industri yang akan datang, bermula dari pembuatan termaju sehingga kepada teknologi makanan, infrastruktur digital, sistem ekonomi kitaran dan pertanian berasaskan kecerdasan buatan (AI).
7bulan ago
KUCHING, 28 Mei (Bernama) -- Kerajaan negeri Sarawak telah membelanjakan sejumlah RM27.7 bilion bagi melaksanakan 1,387 projek di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12), kata Timbalan Premier Datuk Amar Douglas Uggah Embas.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- ASEAN, Majlis Kerjasama Teluk (GCC), dan China mengulangi semula komitmen untuk memperkukuh kerjasama merentasi pelbagai bidang di samping mengorak langkah ke arah masa depan yang aman, makmur dan saksama.
7bulan ago
Komentar Oleh M.Saraswathi
KUALA LUMPUR, 26 Mei (Bernama) -- Pemimpin perkumpulan 10 anggota Asia Tenggara menerima pakai strategi ekonomi baharu yang berwawasan dengan menyasarkan ASEAN yang maju sebagai pusat pertumbuhan di rantau Asia Pasifik yang lebih besar selain melonjakkan kedudukannya sebagai ekonomi keempat terbesar dunia.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Mei (Bernama) -- Dalam satu usaha penting untuk kerjasama tenaga serantau, kalangan syarikat tenaga terkemuka dari Malaysia, Singapura dan Vietnam menandatangani Perjanjian Pembangunan Bersama bertujuan meneroka eksport elektrik boleh baharu dari Vietnam ke Malaysia dan Singapura.
7bulan ago
Oleh Zarul Effendi Razali
LANGKAWI, 23 Mei (Bernama) -- Negara-negara ASEAN digesa mempertingkatkan usaha dan kerjasama dalam bidang teknologi angkasa bagi memastikan perkongsian, ilmu dan pembangunan kapasitinya dapat dilaksanakan secara berkesan.
7bulan ago
LANGKAWI, 21 Mei (Bernama) -- Futurise Sdn Bhd dan Kumpulan Industri-Kerajaan Malaysia bagi Teknologi Tinggi (MIGHT) telah melancarkan laporan industri Kemajuan Mobiliti Udara (AAM), satu langkah strategik ke hadapan dalam membentuk masa depan ekosistem pergerakan udara Malaysia dengan memanfaatkan inovasi. pengawalseliaan yang berpandangan jauh serta kepakaran industri bagi memacu pertumbuhan yang mampan.
7bulan ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 3 Mei (Bernama) - Industri acara perniagaan atau Mesyuarat, Insentif, Persidangan dan Pameran (MICE) diunjur merekodkan ketibaan lebih 25 juta pelancong dan menjana jumlah pendapatan mencecah RM76.8 bilion susulan Kepengerusian ASEAN-Malaysia tahun ini dan Tahun Melawat Malaysia tahun depan.
8bulan ago
BEIJING, 28 April (Bernama) -- Penyiapan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) menjelang akhir 2027 di bawah Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) dijangka membuka potensi pembangunan di pantai Timur Semenanjung yang turut menempatkan Taman Perindustrian Kuantan, Pahang.
8bulan ago
KUCHING, 27 April (Bernama) -- Dalam Sarawak melakar langkah ke arah ekonomi berpendapatan tinggi dan berasaskan inovasi menjelang 2030, institusi kewangan perlu melakukan lebih daripada sekadar menguruskan modal, kata Timbalan Premier Datuk Amar Douglas Uggah Embas.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 19 Mac (Bernama) -- EDOTCO Malaysia dan Digital Nasional Bhd (DNB) menjalin kerjasama dengan Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) untuk menjadikan Langkawi sebagai hab pelancongan digital pertama di Malaysia yang menyokong perkhidmatan 5G.