Terdapat 1171 berita berdasarkan kata kunci carian " lembaga"

Malaysia Perlu Bersedia Hadapi Import Lebih Mahal Susulan Konflik Timur Tengah - Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 2 Mac (Bernama) -- Malaysia perlu bersedia menghadapi impak seperti import yang lebih mahal susulan konflik di Timur Tengah, kata Pengerusi Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

SC Lantik Kamal Azira, Adnan Zaylani Sebagai Ahli Lembaga Pengarah Baharu

KUALA LUMPUR, 2 Mac (Bernama) -- Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) melantik Kamal Azira Hassan dan Adnan Zaylani Mohamad Zahid sebagai Ahli Lembaga Pengarah untuk tempoh dua tahun, berkuat kuasa 15 Feb, 2026.

Pembayaran Dividen Berdasarkan Baki Setiap Akaun - KWSP

KUALA LUMPUR, 28 Feb (Bernama) -- Kadar dividen Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak 6.15 peratus akan turut dikreditkan ke Akaun Fleksibel (Akaun 3) berdasarkan baki akaun tersebut, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ahmad Zulqarnain Onn.

Pasaran Getah Dijangka Dalam Trend Meningkat Berikutan Kekangan Bekalan

Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi

KUALA LUMPUR, 28 Feb (Bernama) -- Pasaran getah dijangka meningkat minggu depan dengan permintaan mungkin melebihi bekalan dalam persekitaran musim daun getah luruh, kata pakar industri Denis Low.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi

Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi

KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) ditutup lebih tinggi pada Jumaat, disokong oleh kenaikan harga minyak kacang soya di Lembaga Perdagangan Chicago (CBOT).

FMM Seru Insentif Berpusatkan PKS Untuk Tingkat Inovasi, Rantai Bekalan

KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) -- Persekutuan Pengilang-Pengilang Malaysia (FMM) telah menyeru ke arah keupayaan inovasi yang lebih kukuh dalam kalangan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) termasuk pembekal Tahap-1 dan Tahap-2 untuk menyokong peningkatan, penyetempatan serta penyertaan dalam rantaian nilai global.

Daripada Makanan Kegemaran Jadi Perniagaan, Saiful Kini Tauke Bongkah Cendawan

JOHOR BAHRU, 27 Feb (Bernama) -- Bermula daripada minat terhadap makanan berasaskan cendawan, anak jati Pontian ini berjaya mengubah kegemaran itu menjadi perniagaan agro yang mampan, sekali gus sebagai sumber rezeki.

TH Plantations Catat Peningkatan Untung Bersih Kepada RM107.49 Juta Bagi Tahun Kewangan 2025

KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- TH Plantations Bhd mencatatkan peningkatan dalam keuntungan bersihnya kepada RM107.49 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember, 2025 (TK2025) daripada RM75.17 juta pada tahun sebelumnya.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah

Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi

KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini berikutan kebimbangan terhadap permintaan eksport yang lebih lemah di tengah-tengah pengukuhan ringgit.

Hap Seng Consolidated Catat Untung Bersih Lebih Rendah Kepada RM500.32 Juta

KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Konglomerat Hap Seng Consolidated Bhd mencatatkan keuntungan bersih yang lebih rendah kepada RM500.32 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember, 2025 (TK2025) daripada RM650.48 juta pada TK2024.

Harga MSM Dijangka Kekal Stabil Dalam Jangka Pendek Sekitar RM4,000 Setiap Tan

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- Harga minyak sawit mentah (MSM) dijangka kekal stabil dalam jangka pendek iaitu sekitar RM4,000 setiap tan, disokong permintaan kukuh di tengah-tengah rancangan Indonesia untuk melaksanakan mandat biodiesel B50, menurut Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).

Ringgit Ditutup Hampir Tidak Berubah Berbanding Dolar AS

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- Ringgit kekal stabil berbanding dolar AS yang kukuh, ditutup hampir tidak berubah daripada paras semalam, didorong oleh daya tahan ekonomi positif seperti dicerminkan dalam data Indeks Pelopor (IP).