4bulan ago
KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Pelabur asing kembali menjadi pembeli bersih ekuiti Malaysia pada September 2025, mengakhiri jualan berturut-turut selama tiga bulan dengan RM100 juta dalam aliran masuk berbanding aliran keluar sebanyak RM3.4 bilion yang dicatatkan pada Ogos 2025.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Kumpulan Armani bekerjasama dengan Serendipity Assets Management bagi memperkenalkan barisan kulinari bertaraf dunia di Armani Hallson KLCC.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd berjaya menyempurnakan terbitan tranche ketujuh dan terbesar sukuk pelaburan mampan dan bertanggungjawab (SRI) di bawah program Sukuk Kelestarian Air Selangor bernilai RM1.5 bilion.
4bulan ago
PUTRAJAYA, 8 Okt (Bernama) -- Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani memberi bayangan bahawa Belanjawan 2026 akan memberi keutamaan kepada langkah mengurangkan defisit negara.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Kerajaan masih mengkaji dan meneliti cadangan memperkenalkan struktur baharu akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang akan diwujudkan apabila pencarum mencapai umur persaraan minimum, kata Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- KNM Group Bhd telah menerima notis tuntutan bertulis untuk mempertimbangkan cadangan pelupusan melibatkan anak syarikat Jermannya, Deutsche KNM GmbH (DKNM).
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Defisit fiskal kumulatif Malaysia mengecil 10.6 peratus tahun ke tahun kepada RM49.4 bilion setakat Ogos 2025, sekali gus memastikan kerajaan berada di landasan yang betul untuk mencapai sasaran setahun penuh RM80 bilion atau 3.8 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah US$122.68 bilion manakala aset mata wang asing lain berjumlah US$252.8 bilion pada akhir Ogos 2025, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Sept (Bernama) -- AEON Credit Service (M) Bhd mencatatkan keuntungan bersih yang lebih tinggi sebanyak RM72.23 juta pada suku kedua berakhir 31 Ogos 2025 (S2 2025), berbanding RM71.16 juta pada S2 2024.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Sept (Bernama) -- Indeks Harga Pengeluar (IHPR) Malaysia yang mengukur perubahan harga di peringkat pengeluar, mencatatkan penurunan kecil 2.8 peratus pada Ogos 2025 selepas susut 3.8 peratus pada bulan sebelumnya, kata Jabatan Perangkaan Malaysia.
4bulan ago
Oleh Niam Seet Wei
KUALA LUMPUR, 28 Sept (Bernama) -- Ahli ekonomi percaya bahawa Belanjawan 2026 tidak akan memperkenalkan sebarang perubahan besar dalam sistem percukaian terutamanya cukai individu dan korporat untuk mengekalkan keyakinan pengguna dan pelabur apabila tarif Amerika Syarikat (AS) bermula.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) mengenakan penalti monetari pentadbiran sebanyak RM193,500 kepada Syarikat S M Ziaudeen Sdn Bhd (SSMZ) dan RM340,000 ke atas Alipay Malaysia Sdn Bhd (Alipay) kerana ketidakpatuhan terhadap kawal selia.