1bulan ago
KUALA LUMPUR, 30 Mac (Bernama) -- EP Manufacturing Bhd (EPMB) melalui anak syarikat milik penuhnya EP Moulds and Dies (M) Sdn Bhd memeterai perjanjian jual beli dengan Xepa-Soul Pattinson (Malaysia) Sdn Bhd untuk membeli enam bidang tanah perindustrian pegangan bebas berharga RM35.12 juta.
1bulan ago
JOHOR BAHRU, 30 Mac (Bernama) -- Paragon Globe Bhd (PGB) menjalin kerjasama strategik dengan GSP Automotive Group yang tersenarai di Shanghai menerusi anak syarikatnya, GSP Automotive Malaysia Sdn Bhd, bagi membangunkan hab industri automotif di Iskandar Puteri, Johor.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Mac (Bernama) – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), iaitu pemegang saham utama dalam IJM Corporation Bhd (IJM Corp) mengambil pendirian berkecuali daripada mengundi berhubung tawaran pengambilalihan IJM Corp oleh Sunway Bhd.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh tidak langsung OCR Group Bhd, OCR Avenue Sdn Bhd (OASB) memeterai perjanjian jual beli (SPA) dengan Magna Ecocity Sdn Bhd dan Twinicon (M) Sdn Bhd.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 19 Mac (Bernama) -- Eonmetall Group Bhd (EGB) melalui anak syarikat milik penuhnya Eonmetall Land Sdn Bhd memeterai perjanjian bersyarat untuk menjual sebidang tanah pegangan bebas di Klang, Selangor kepada WG Malaysia VIII Sdn Bhd pada harga RM273.28 juta.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 19 Mac (Bernama) -- Sorento Capital Bhd bercadang untuk memindahkan status penyenaraiannya daripada Pasaran ACE kepada Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Bhd.
1bulan ago
KOTA KINABALU, 18 Mac (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) mengiktiraf peranan Sabah yang semakin meningkat dalam sektor perkhidmatan dan peralatan minyak dan gas (OGSE) Malaysia, sebagai sebahagian daripada usaha kerjasama yang lebih luas untuk memperkukuh sumbangan negeri kepada jaminan tenaga dan pembangunan ekonomi negara.
1bulan ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 18 Mac (Bernama) -- Ringgit meneruskan kenaikan hari ini apabila ditutup tinggi berbanding dolar AS berikutan harga minyak mentah yang rendah selepas langkah pelepasan Rizab Petroleum Strategik (SPR).
2bulan ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 14 Mac (Bernama) -- Ringgit diunjur diniagakan dalam julat antara RM3.93 hingga RM3.98 minggu depan berikutan pelabur akan terus memantau dengan teliti trajektori harga minyak mentah.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Mac (Bernama) -- Rakuten Trade menyemak semula unjuran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) kepada 1,800 untuk 2026 daripada 1,810 sebelum ini berikutan ketidaktentuan yang masih membelenggu pasaran.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) -- Anak syarikat Mah Sing Group Bhd, M Industrial Development Sdn Bhd, memeterai perjanjian tambahan untuk meminda terma tertentu berkaitan cadangan pembelian tanah pegangan bebas di Kulai, Johor daripada unit Kuala Lumpur Kepong Bhd, Aura Muhibah Sdn Bhd.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) -- Subsidiari milik penuh MN Holdings Bhd, MN Utilities Engineering Sdn Bhd telah menerima surat anugerah (LoA) membabitkan projek bernilai RM216 juta yang akan menyaksikan pembangunan pencawang pengguna untuk sebuah pusat data di selatan Semenanjung Malaysia.