6bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) -- Pengeluaran getah asli Malaysia meningkat 5.9 peratus kepada 25,679 tan pada Jun 2025 daripada 24,256 tan pada Mei 2025, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) -- Insentif Pengeluaran Getah (IPG) untuk getah sekerap (cuplump) dan lateks diaktifkan di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak bagi Julai 2025, menurut Lembaga Getah Malaysia (LGM).
6bulan ago
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 2 Ogos (Bernama) -- Pasaran getah dijangka didagangkan dalam jajaran kecil tetapi dengan kecenderungan menurun pada minggu hadapan, kata pakar industri Denis Low.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Pemberian Insentif Pengeluaran Getah (IPG) telah memberi maanfaat kepada 239,053 pekebun kecil dengan pembayaran berjumlah RM523.4 juta sejak pelaksanaannya dari September 2015 hingga 30 Jun 2025, menurut Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK).
7bulan ago
Oleh K. Naveen Prabu
KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup bercampur-campur hari ini di tengah-tengah aliran menaik dalam pasaran niaga hadapan getah serantau, menurut seorang peniaga.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) -- Pengeluaran getah asli meningkat 24.9 peratus kepada 22,494 tan pada Mei 2025 berbanding 18,008 tan pada April 2025, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Insentif Pengeluaran Getah (IPG) bagi getah cuplump (sekerap) dan lateks telah diaktifkan di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak bagi Jun 2025, kata Lembaga Getah Malaysia (LGM).
7bulan ago
Oleh K. Naveen Prabu
KUALA LUMPUR, 26 Jun (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup bercampur-campur pada Khamis berikutan trend meningkat dalam pasaran niaga hadapan getah serantau, kata peniaga.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- Penggunaan sistem Getah Asli Mampan Malaysia (MSNR) Trace memainkan peranan penting dalam menangani isu alam sekitar dan sosial dalam industri dengan membenarkan pihak berkepentingan menjejaki transaksi getah mentah dari ladang hingga produk akhir.
8bulan ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 14 Jun (Bernama) -- Pasaran getah tempatan dijangka kekal berada dalam aliran mendatar dengan kecenderungan tidak banyak berubah, didorong oleh ketidaktentuan ekonomi global dan tarif Amerika Syarikat (AS) yang kini dalam fasa penangguhan selama 90 hari, kata pakar industri, Denis Low.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Jun (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup rendah hari ini, menjejaki aliran penurunan niaga hadapan getah serantau dan harga minyak mentah, kata peniaga.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Jun (Bernama) -- Pengeluaran getah asli (NR) Malaysia menurun sebanyak 37.3 peratus kepada 18,008 tan pada April 2025 daripada 28,739 tan pada bulan sebelumnya, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM).