Terdapat 211 berita berdasarkan kata kunci carian " perumahan"

REHDA Mengalu-alukan Penjelasan Menteri Mengenai Model Perumahan BTS, STB

KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (Rehda) mengalu-alukan penjelasan kerajaan bahawa kedua-dua sistem penyampaian perumahan iaitu "bina kemudian jual" (BTS) dan "jual kemudian bina" (STB) kekal tidak berubah.

Felcra Umum Agihan Keuntungan Interim Kedua Sebanyak RM207 Juta

KINABATANGAN, 1 Nov (Bernama) -- Pengerusi Felcra Berhad Datuk Seri Ahmad Jazlan Yaakub mengumumkan agihan Keuntungan Boleh Agih Interim 2, Tahun 2025 berjumlah RM207 juta. 

Peruntukan DE Asas RM20 Bilion Bagi Enam Negeri Kurang Membangun -- Amir Hamzah 

KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Kerajaan menyediakan Peruntukan Pembangunan (DE) Asas RM20 bilion pada 2026 untuk enam negeri kurang membangun iaitu peningkatan sebanyak lima peratus berbanding RM19 bilion pada 2025. 

Khazanah Labur Lebih RM6 Bilion Majukan Medini Iskandar, Desaru Coast - MOF

KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Khazanah Nasional Bhd telah melabur lebih RM6 bilion untuk memajukan pembangunan Medini Iskandar dan Desaru Coast di Johor setakat ini, demikian menurut Kementerian Kewangan (MoF). 

Inflasi Malaysia Meningkat 1.5 Peratus Pada September 2025 - DOSM

KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Inflasi Malaysia meningkat 1.5 peratus pada September 2025 dengan mata indeks mencatatkan 135.2 berbanding 133.2 pada tempoh sama tahun sebelumnya, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Kerajaan Disaran Semak Semula Pelepasan Cukai Korporat - BBC

KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Kerajaan disaran menyemak semula pelepasan cukai korporat khususnya bagi syarikat yang merekodkan keuntungan luar biasa tetapi mengekalkan jurang gaji yang terlalu besar di antara pengurusan tertinggi dengan pekerja bawahan. 

Pelan Pembangunan Semula Lapangan Terbang Subang Seiring Dengan Aspirasi Belanjawan 2026

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) -- Pelan Pembangunan Semula Lapangan Terbang Subang (SARP) mesti dilaksanakan secara strategik, disertai infrastruktur sokongan dan ketersambungan pengangkutan awam, kata Institut Pengangkutan Malaysia (MiTRANS).

Belanjawan 2026 Seimbang Pertumbuhan Dan Kebajikan Dengan Disiplin Fiskal -- Maybank

KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) - Belanjawan 2026 menyeimbangkan antara rangsangan pelaburan, sokongan terhadap pertumbuhan sektor ekonomi baharu serta menyediakan bantuan sosial, kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Maybank Datuk Seri Khairussaleh Ramli.

Modenas, Sendayan Motor Buka Pusat Kawasaki All Star 4S Ke-10 Di Nilai

NILAI, 12 Okt (Bernama) -- Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (Modenas), pengeluar motosikal nasional yang juga pemasang tempatan jenama motosikal Kawasaki dari Jepun, bekerjasama dengan Sendayan Motor Sdn Bhd bagi pembukaan pusat Kawasaki All Star 4S (Jualan, Alat Ganti, Pameran dan Servis) di sini, hari ini.

Kerajaan Tambah Tanah Rizab Melayu 20.23 Hektar Di Bandar Malaysia

KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Kerajaan mengambil langkah yang belum pernah dilakukan sebelum ini dengan menambah Tanah Rizab Melayu seluas 20.23 hektar (50 ekar) di Bandar Malaysia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pemaju Hartanah Gesa Institusi Kewangan Sokong Inisiatif Sewa Untuk Beli

KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Pemaju hartanah berharap gesaan kerajaan kepada institusi kewangan supaya menyokong inisiatif sewa untuk beli (RTO) akan membolehkan lebih ramai rakyat Malaysia memiliki rumah. 

Bank Sambut Baik Kemudahan Bantu Perusahaan Kecil Perluas Perniagaan, Perkukuh Daya Tahan

KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Pengumuman mengenai jaminan pembiayaan, insentif keusahawanan dan program pendigitalan untuk perusahaan kecil dalam Belanjawan 2026 akan membolehkan mereka meningkatkan skala operasi dan memperkukuh daya tahan, menurut bank.