Terdapat 1668 berita berdasarkan kata kunci carian " projek "

ICW Borneo 2026 Pacu Industri Pembinaan Sabah Dan Sarawak

KUALA LUMPUR, 13 Mei (Bernama) -- Minggu Pembinaan Antarabangsa (ICW) Borneo 2026 dilancarkan secara rasmi di Kota Kinabalu semalam, menandakan penganjuran kali kedua acara industri pembinaan serantau yang memfokuskan pembangunan industri, perbincangan teknikal dan penglibatan pemain industri di Malaysia Timur.

MIDA Sasar Peluang Pelaburan Hijau Lebih Besar Melalui IGEM 2026

BANGI, 13 Mei (Bernama) --  Pameran dan Persidangan Produk Teknologi Hijau serta Eko Antarabangsa Malaysia (IGEM) dan Sidang Kemuncak Kelestarian Kuala Lumpur (KLSS) 2026 diharapkan dapat menjadi platform strategik kepada Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) untuk mempercepatkan agenda pelaburan hijau Malaysia selain mengukuhkan kedudukan negara sebagai hab serantau bagi pertumbuhan lestari.

KazanForum 2026 Platform Pacu Dagangan, Kewangan Antara Rusia Dan Ekonomi Islam

Daripada Nurunnasihah Ahmad Rashid

KAZAN (Rusia) 13 Mei (Bernama) -- Acara tahunan KazanForum 2026 merupakan platform bagi menjana pelaburan baharu selain peluang yang merentasi aspek perdagangan, pelaburan dan kewangan Islam antara Rusia dan kalangan negara atau ekonomi Islam.

Pulau Pinang Perlu Rangka Pelan Induk Sisa Hijau, E-Sisa Teknologi Tinggi - Reezal Merican

GEORGE TOWN, 13 Mei (Bernama) -- Pulau Pinang berpotensi besar untuk mengubah sisa menjadi kekayaan baharu dengan menarik pelaburan luar negara berasaskan teknologi tinggi sebagai pemacu ekonomi baharu negeri.

Russia Berusaha Tingkat Kerjasama Ekonomi Dengan Malaysia, ASEAN Menerusi KazanForum 2026

KAZAN, 13 Mei (Bernama) -- Russia berusaha memperluas kerjasama ekonomi dengan Malaysia dan ASEAN dalam sektor seperti pembuatan jentera, pembangunan perindustrian, pertanian dan industri halal di Forum Ekonomi Antarabangsa Ke-17 ‘Rusia-Dunia Islam: KazanForum 2026’ bermula 12 hingga 17 Mei.

Sektor Pembinaan Meningkat 8.5 Peratus Kepada RM46.5 Bilion Pada Suku Pertama 2026 - DOSM

KUALA LUMPUR, 13 Mei (Bernama) -- Sektor pembinaan mengekalkan momentum peningkatan pada suku pertama 2026 dengan pertumbuhan 8.5 peratus kepada RM46.5 bilion, menurut Jabatan Perangkaan (DOSM).

Cadangan Klausa OTP Beri Perlindungan Kepada Pembeli Rumah, Pemaju- Rehda

KUALA LUMPUR, 13 Mei (Bernama) -- Klausa “Pilihan untuk Membeli” (OTP) yang dicadangkan di bawah undang-undang perumahan baharu boleh memberikan perlindungan yang lebih baik kepada bakal pembeli rumah, menurut Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (Rehda).

UEM Group Peruntuk RM5.5 Bilion Untuk Perolehan Daripada Vendor, Pembekal Bumiputera

KUALA LUMPUR, 13 Mei (Bernama) -- UEM Group Bhd dan anak-anak syarikatnya membelanjakan sejumlah RM5.5 bilion bagi mendapatkan perolehan daripada vendor dan pembekal Bumiputera di antara tahun 2023 dan 2025, kata Pengarah Urusannya Datuk Amran Hafiz Affifudin.

Negeri Sembilan Kini Beralih Sebagai Hab Pengeluar Bernilai Tinggi - MITI

SEREMBAN, 12 Mei (Bernama) -- Pembangunan perindustrian di Negeri Sembilan mula memasuki fasa baharu apabila negeri itu kini beralih daripada hab pemasangan dan sokongan kepada pengeluar bernilai tinggi, kata Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Sim Tze Tzin.

Glomac Lancar Projek 16 Legacy Dengan GDV Bernilai RM21 Juta

KUALA LUMPUR, 11 Mei (Bernama) -- Glomac melancarkan 16 Legacy, koleksi eksklusif 16 unit rumah separa berkembar dua tingkat di Saujana Rawang dengan anggaran nilai pembangunan kasar (GDV) kira-kira RM21 juta.

Bursa Malaysia Tegur Secara Terbuka Ireka, Tujuh Bekas Pengarah Dengan Denda RM425,000

KUALA LUMPUR, 11 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia Securities Bhd menegur secara terbuka Ireka Corp Bhd (Ireka) dan tujuh bekas pengarahnya di atas pelanggaran Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities selain mengenakan denda berjumlah RM425,000 ke atas pengarah-pengarah terlibat.

IEM Laksana Dua Langkah Tangani Impak Krisis Bekalan Global

KUALA LUMPUR, 10 Mei (Bernama) -- Institut Jurutera Malaysia (IEM) telah mengeluarkan Laporan Tinjauan Impak Kejuruteraan bagi menangani impak krisis bekalan global susulan perkembangan geopolitik di Asia Barat baru-baru ini.