BERITA TERKINI   Unit Tuju Setia peroleh kontrak kerja-kerja pembinaan daripada Sime Darby Property bernilai RM359.3 juta | 80 warga asing mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Tawau atas pertuduhan terbabit penipuan dalam talian pada 7 April | Lawatan kerja Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah ke premis KL-Kepong Oleomas di Selangor Sabtu ini tinjau proses pengadunan biodiesel - Fahmi Fadzil | Lawatan kerja Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah ke premis di Selangor Sabtu ini tinjau proses pengadunan biodiesel - Fahmi Fadzil | Dua kapal dalam perjalanan pulang dari Selat Hormuz, satu dijangka tiba 17 April dan satu lagi minggu berikutnya - Fahmi | 

Terdapat 657 berita berdasarkan kata kunci carian " tadbir urus"

Pasaran Modal Malaysia Bakal Jadi Hab Produk Khusus Bertemakan ASEAN

KUALA LUMPUR, 9 Mac (Bernama) -- Pasaran modal Malaysia akan berkembang menjadi hab produk dengan produk khusus bertemakan ASEAN termasuk  dana dagangan bursa (ETF) patuh Syariah, dana beretika, mampan dan infrastruktur, melalui pelaksanaan Pelan Induk Pasaran Modal 2026–2030 (CMP).

SC Lancar Pelan Induk Pasaran Modal Baharu, Sasar Saiz Pasaran RM20 Trilion Menjelang 2045

KUALA LUMPUR, 9 Mac (Bernama) -- Pasaran modal Malaysia dijangka tumbuh mencecah RM13.8 trilion hingga RM20 trilion menjelang 2045 selain berkembang secara organik RM5.8 trilion hingga RM6.3 trilion bagi tempoh lima tahun akan datang.

Komitmen Kepastian Perlesenan, MoU Mineral Kritikal Tidak Jejas Syarat Teknikal Ke Atas Lynas - MITI

KUALA LUMPUR, Mac 4 (Bernama) -- Komitmen Malaysia berkaitan Kepastian Perlesenan yang termaktub dalam Kenyataan Bersama Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) (Artikel 5.2) dan Memorandum Persefahaman (MoU) Mineral Kritikal (Seksyen 3, Kawasan Kerjasama) tidak menjejaskan keputusan kerajaan untuk menguatkuasakan syarat teknikal ke atas Lynas Malaysia atau syarikat unsur nadir bumi (REE) lain yang bakal diluluskan pengoperasiannya di Malaysia.

PAC Gesa Felcra Nilai Semula Sasaran Bank Tanah 30,000 Hektar

KUALA LUMPUR, 3 Mac (Bernama) -- Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA) perlu menilai dan menetapkan semula sasaran perolehan bank tanah seluas 30,000 hektar kepada tahap yang lebih realistik.

PAC Syor Perkukuh Tadbir Urus Perolehan Ladang Sawit FELCRA

KUALA LUMPUR, 3 Mac (Bernama) -- Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mengesyorkan beberapa langkah penambahbaikan bagi menangani kelemahan tadbir urus dalam proses perolehan, penilaian harga dan hasil sawit  oleh Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA).

Kerajaan Pastikan Objektif Pengurusan Kewangan Awam Diterjemah Kepada Hasil Fiskal Lebih Baik

KUALA LUMPUR, 2 Mac (Bernama) -- Kerajaan memastikan objektif pengurusan kewangan awam di bawah Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal 2023 (Akta 850) diterjemahkan kepada hasil fiskal yang lebih baik melalui pengukuhan rangka kerja tadbir urus berasaskan peraturan, ketelusan dan akauntabiliti.

Sebanyak 204,928 Peniaga Kemuka E-invois Libat Pengeluaran Lebih 1 Bilion E-invois - MoF

KUALA LUMPUR, 2 Mac (Bernama) -- Sejak dilaksanakan pada 1 Ogos, 2024 sehingga kini, sebanyak 204,928 peniaga telah mengemukakan e-Invois yang melibatkan pengeluaran lebih satu bilion e-Invois secara keseluruhan, jelas Kementerian Kewangan (MOF).

Pemberi Kredit Dan Penyedia Perkhidmatan Kredit Wajib Lesen Dan Daftar SKP - MOF

PUTRAJAYA, 2 Mac (Bernama) -- Pemberi kredit dan penyedia perkhidmatan kredit perlu memperoleh lesen serta berdaftar dengan Suruhanjaya Kredit Pengguna (SKP), berkuat kuasa mulai 1 Jun ini, selaras dengan penguatkuasaan Akta Kredit Pengguna 2025 (Akta 873/AKP).

SC Lantik Kamal Azira, Adnan Zaylani Sebagai Ahli Lembaga Pengarah Baharu

KUALA LUMPUR, 2 Mac (Bernama) -- Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) melantik Kamal Azira Hassan dan Adnan Zaylani Mohamad Zahid sebagai Ahli Lembaga Pengarah untuk tempoh dua tahun, berkuat kuasa 15 Feb, 2026.

Pencapaian Ekonomi Negara Hasil Pengukuhan Tatakelola, Usaha Berterusan Banteras Rasuah - PM

PUTRAJAYA, 28 Feb (Bernama) -- Pencapaian mutakhir ekonomi negara yang membanggakan, termasuk prestasi ringgit yang disifatkan antara terbaik di Asia, adalah hasil pembaharuan tatakelola dan usaha berterusan membanteras rasuah serta penyelewengan dana awam.

Pembayaran Dividen Berdasarkan Baki Setiap Akaun - KWSP

KUALA LUMPUR, 28 Feb (Bernama) -- Kadar dividen Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak 6.15 peratus akan turut dikreditkan ke Akaun Fleksibel (Akaun 3) berdasarkan baki akaun tersebut, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ahmad Zulqarnain Onn.

FMM Seru Insentif Berpusatkan PKS Untuk Tingkat Inovasi, Rantai Bekalan

KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) -- Persekutuan Pengilang-Pengilang Malaysia (FMM) telah menyeru ke arah keupayaan inovasi yang lebih kukuh dalam kalangan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) termasuk pembekal Tahap-1 dan Tahap-2 untuk menyokong peningkatan, penyetempatan serta penyertaan dalam rantaian nilai global.