1bulan ago
KUALA LUMPUR, Nov 3 (Bernama) -- Destini Bhd berdepan kemungkinan dagangan sekuritinya digantung selepas gagal mengemukakan laporan tahunan, termasuk penyata kewangan beraudit dan laporan pengarah dan juruaudit bagi tempoh kewangan berakhir 30 Jun 2025 dalam tempoh masa yang ditetapkan.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) -- Amerika Syarikat (AS) menghormati hak kedaulatan Malaysia untuk melaksanakan dasar luar dan ekonominya sendiri termasuk minat untuk meneroka peluang dengan kumpulan ekonomi BRICS, kata Duta Besarnya ke Malaysia Edgard D Kagan.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) -- Kerajaan melantik semula Tan Sri Abdul Rashid Hussain sebagai Pengerusi dan Anggota Lembaga Tabung Haji (TH) bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa 20 Dis, 2025.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Okt (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) hari ini melancarkan Anugerah Eksport Negara (NEA) 2025 bagi mengiktiraf pengeksport Malaysia yang cemerlang.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Bank Pembangunan Asia (ADB) dan Kumpulan Bank Dunia menerusi kerjasama dengan ASEAN, melancarkan Inisiatif Pembiayaan Grid Tenaga ASEAN (APG) bagi menyokong pembangunan serta integrasi grid tenaga nasional di serata rantau ini.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2026 memaparkan usaha menseimbangkan penyatuan fiskal dengan elemen seperti kesaksamaan dan daya saing, demikian menurut beberapa ahli Institut Akauntan Bertauliah England dan Wales (ICAEW).
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Usaha kerajaan melaksanakan konsolidasi fiskal bagi mengurangkan kadar defisit telah berjaya menghasilkan penjimatan pinjaman sebanyak RM20 bilion bagi tempoh dua tahun, kata Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- KNM Group Bhd telah menerima notis tuntutan bertulis untuk mempertimbangkan cadangan pelupusan melibatkan anak syarikat Jermannya, Deutsche KNM GmbH (DKNM).
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Kerajaan, melalui Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), menyasarkan peluang eksport bernilai RM150 juta daripada persidangan pembangun permainan utama Asia Tenggara, LEVEL UP KL 2025.
2bulan ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Pertubuhan Pengilang Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA) mengharapkan Belanjawan 2026 dapat menyediakan bantuan kewangan segera, sokongan penting untuk modal insan serta tumpuan strategik terhadap penentududukan pasaran bagi industri sarung tangan getah.
2bulan ago
Oleh Mikhail Raj Abdullah
KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Tenaga Nasional Bhd telah memenangi Anugerah “The Edge Billion Ringgit Club Awards 2025" (Anugerah BRC) yang berprestij kerana mempunyai pulangan pemegang saham tertinggi dalam tempoh tiga tahun dalam Super Big Cap atau kategori permodalan pasaran melebihi RM40 bilion.
3bulan ago
PUTRAJAYA, 26 Sept (Bernama) -- Tatakelola kerajaan yang baik dan dasar ekonomi yang berkesan membolehkan Malaysia menurunkan harga petrol RON95 kepada RM1.99 seliter, sekali gus meringankan beban rakyat berbanding negara lain termasuk negara pengeluar minyak, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.