Terdapat 1189 berita berdasarkan kata kunci carian "filipina"

Malaysia, Filipina Sepakat Kepentingan Komunikasi Secara Berterusan Tangani Isu Keselamatan Tenaga - Akmal Nasrullah

KUALA LUMPUR, 22 April (Bernama) -- Malaysia dan Filipina bersepakat mengenai kepentingan komunikasi secara berterusan bagi kedua-dua negara dalam menangani isu keselamatan tenaga.

Ringgit Ditutup Rendah Sedikit Berbanding Dolar AS, Naik Berbanding Mata Wang Utama

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 22 April (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar AS pada Rabu berikutan pelabur beralih kepada mata wang selamat dan diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding mata wang utama lain dan negara serantau.

Diesel Ke Australia Bukan Milik Malaysia - Fahmi

KUALA LUMPUR, 22 April (Bernama) -- Sejumlah 200 juta liter diesel yang dihantar ke Australia bukan milik Malaysia, tegas Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil.

Ketech Asia Bakal Perluas Rangkaian Produk Dengan Dua Kaliber Peluru Baharu Pada 2027

KUALA LUMPUR, 22 April (Bernama) -- Syarikat pengeluaran peluru tempatan, Ketech Asia Sdn Bhd merancang untuk memperkukuh portfolio produk dan aliran perolehannya melalui pengenalan dua kaliber tambahan iaitu peluru 7.62 milimeter (mm) dan 12.7mm pada tahun depan.

Ringgit Dibuka Hampir Tidak Berubah Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 22 April (Bernama) -- Ringgit dibuka hampir tidak berubah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu berikutan sentimen pasaran kekal berhati-hati susulan berita bahawa gencatan senjata antara AS-Iran yang sepatutnya dijangka tamat hari ini telah dilanjutkan untuk membolehkan rundingan dengan Iran dimuktamadkan.

Ringgit Meningkat Berbanding Dolar AS, Mata Wang Utama

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 21 April (Bernama) -- Ringgit meningkat berbanding dolar AS dan mata wang utama lain semasa mengakhiri dagangan pada Selasa walaupun Indeks Dolar AS mengukuh berikutan pelabur memantau rapi perkembangan semasa dan menjangka hasil rundingan yang sedang dijalankan antara Amerika Syarikat dan Iran.

Malaysia Sasar Capai Kapasiti 32 Peratus TBB Terpasang Tahun Ini - TPM Fadillah

KUALA LUMPUR, 21 April (Bernama) -- Malaysia komited untuk mencapai sasaran sebanyak 32 peratus kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) terpasang pada tahun ini, menurut Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof. 

Ringgit Dibuka Kukuh Berbanding Dolar AS Menjelang Tamat Tempoh Gencatan Senjata AS-Iran

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 21 April (Bernama) -- Ringgit dibuka kukuh berbanding dolar AS pada Selasa apabila peserta pasaran dijangka memberi tumpuan terhadap rundingan gencatan senjata dua minggu antara Amerika Syarikat dan Iran yang dijadual berakhir pada Rabu.

Ringgit Ditutup Rendah Sedikit Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 20 April (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Isnin, kekal dalam jajaran sempit apabila pasaran terus memantau rapat perkembangan di Asia Barat.

Pelabur Asing Catat Aliran Masuk RM17.35 Bilion Di Lapan Pasaran Asia Minggu Lepas

KUALA LUMPUR, 20 April (Bernama) -- Pelabur asing kekal sebagai pembeli bersih bagi dua minggu berturut-turut merentasi lapan pasaran Asia, dengan jumlah aliran masuk bersih mencecah US$4.39 bilion (RM17.35 bilion), menurut MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB).

Ringgit Dibuka Hampir Mendatar Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 20 April (Bernama) -- Ringgit dibuka hampir mendatar berbanding dolar AS pada Isnin berikutan pelabur mencari perlindungan dalam aset selamat, dengan mata wang Amerika Syarikat (AS) itu dilihat sebagai antara cara untuk mengekalkan nilai modal.

Ringgit Dijangka Diniagakan Dalam Julat Kecil Berbanding Dolar AS Minggu Depan

KUALA LUMPUR, 18 April (Bernama) -- Faktor luaran dijangka kekal dominan dalam mempengaruhi pergerakan ringgit yang diunjur diniagakan dalam julat kecil berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu depan.