Terdapat 1539 berita berdasarkan kata kunci carian "jualan"

Data Ekonomi Akan Datang Dijangka Menyokong Tinjauan Pertumbuhan - Kenanga Investment

KUALA LUMPUR, 6 Feb (Bernama) -- Data domestik akan datang, termasuk Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPI), data buruh, jualan runcit dan keluaran dalam negara kasar (KDNK) bagi suku keempat, dijangka mengukuhkan naratif pertumbuhan sokongan Malaysia, kata Kenanga Investment Bank Bhd.

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 6 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia terus mencatatkan penurunan pada tengah hari ini berikutan tekanan jualan berterusan di kaunter saham wajaran tinggi terpilih, diterajui oleh sektor produk perindustrian dan perkhidmatan, pengangkutan dan logistik serta perkhidmatan kewangan.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Seiring Penurunan Wall Street

KUALA LUMPUR, 6 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Jumaat, didorong oleh aktiviti pengambilan untung yang sederhana di kaunter terpilih, seiring dengan penurunan semalaman Wall Street dalam sentimen berhati-hati global yang berterusan.

Sentimen Global Lemah Dorong Bursa Malaysia Ditutup Rendah

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 5 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini, meneruskan penyusutan sederhana berikutan sentimen global yang negatif menjejaskan minat pelabur terhadap risiko, kata ahli ekonomi.

AirBorneo Rancang Pengembangan, Lancar Operasi Jet Separuh Kedua 2026

SINGAPURA, 5 Feb (Bernama) -- AirBorneo menyasarkan untuk mengembangkan operasinya dengan laluan dan kapasiti tambahan, susulan rancangannya untuk memperkenalkan operasi enjin jet pada separuh kedua 2026. 

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Dipengaruhi Sentimen Bercampur-campur Wall Street

KUALA LUMPUR, 5 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Khamis, dipengaruhi aktiviti pengambilan untung sederhana serta isyarat bercampur-campur daripada Wall Street semalaman.

Proton Perluas Strategi Elektrifikasi Dengan Menceburi Segmen PHEV

KUALA LUMPUR, 4 Feb (Bernama) -- Proton memperluas strategi elektrifikasinya dengan menceburi segmen kenderaan elektrik hibrid plug-in (PHEV), meletakkan Proton e.MAS 7 PHEV baharu sebagai tawaran utama untuk meluaskan pasaran melangkaui kenderaan elektrik (EV) sepenuhnya.

Kontrak Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi, Disokong Pembelian Semasa Harga Rendah

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 4 Feb (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Rabu menjejaki kenaikan niaga hadapan emas di Bursa Komoditi New York (Comex), didorong pembelian semasa harga rendah selepas jualan ketara minggu lepas.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Berikutan Aktiviti Pengambilan Untung

KUALA LUMPUR, 4 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia tidak meneruskan peningkatan awalnya apabila ditutup lebih rendah hari ini berikutan aktiviti pengambilan untung selepas mencatat kenaikan baru-baru ini.

Untung Bersih F&N Susut RM112.9 Juta bagi Suku Pertama Tahun Kewangan 2026

KUALA LUMPUR, 4 Feb (Bernama) -- Keuntungan bersih Fraser & Neave Holdings Bhd (F&N) bagi suku pertama tahun kewangan berakhir 31 Dis 2025 menurun kepada RM112.19 juta daripada RM169.02 juta yang dicatatkan pada suku yang sama tahun sebelumnya.

KAF Digital Bank Lantik Suzaini Mukhtar Sebagai CEO

KUALA LUMPUR, 4 Feb (Bernama) -- KAF Digital Bank Bhd mengumumkan pelantikan Suzaini Mukhtar sebagai ketua pegawai eksekutifnya (CEO) berkuat kuasa 1 Feb, 2026.

Kerajaan Jangka Defisit Fiskal Susut Kepada 3.5 Peratus Tahun Ini - Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 4 Feb (Bernama) -- Defisit fiskal dijangka terus turun kepada 3.5 peratus berdasarkan Belanjawan 2026, hampir mencapai sasaran jangka masa sederhana 3.0 peratus mengikut Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal (FRA) 2023, sekali gus mencerminkan disiplin fiskal yang semakin kukuh.