Terdapat 45 berita berdasarkan kata kunci carian "kementerian luar"

Malaysia, UK Adakan Mesyuarat JETCO Pertama Sempena Lawatan Kerja PM Anwar

KUALA LUMPUR, 17 Jan (Bernama) -- Malaysia dan United Kingdom (UK) telah mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Bersama Perdagangan dan Ekonomi (JETCO) pertama yang dipimpin oleh menteri berkaitan dari kedua-dua negara.

PM Anwar Lawat Battersea Power Station, Pelaburan Terbesar Malaysia Di UK

Daripada D.Arul Rajoo

LONDON, 16 Jan (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini melawat Battersea Power Station, merupakan pelaburan terbesar Malaysia melibatkan dana awam di Eropah.

Malaysia Manfaatkan Hubungan Luar Tingkat Ekonomi, Pelaburan Negara - Anwar

PUTRAJAYA, 2 Dis (Bernama) -- Malaysia memanfaatkan hubungan luar untuk meningkatkan ekonomi, pelaburan dan mutu pendidikan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Cadangan Tubuh Asian Shariah Stock Exchange Perlu Penelitian, Persetujuan Negara Lain -MITI

KUALA LUMPUR, 21 Nov (Bernama) – Cadangan penubuhan "Asian Shariah Stock Exchange" memerlukan penelitian dan persetujuan kesemua negara, kata Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

Malaysia Sedia Bekerjasama Dengan Pejabat Ekonomi Dan Perdagangan Hong Kong - PM Anwar

Daripada M. Saraswathi

LIMA (Peru), 16 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau telah menyatakan kesediaan kerajaan untuk bekerjasama dan membantu Pejabat Ekonomi dan Perdagangan Hong Kong (HKETO) di Kuala Lumpur selepas penubuhannya diumumkan Hong Kong pada awal tahun ini. 

Lawatan TPM Ahmad Zahid Ke UAE Bakal Ketengah Inisiatif Rangka Kerja Ekonomi Madani

Daripada Zarul Effendi Razali

ABU DHABI, 13 Nov (Bernama) -- Pelbagai inisiatif di bawah Rangka Kerja Ekonomi MADANI merupakan antara perkara yang bakal diketengahkan dalam siri lawatan rasmi Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang bermula hari ini.

Eksport Oleokimia Sawit Ke China Meningkat 1.4 Kali Ganda Dalam Tempoh Sedekad - Johari

KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Eksport oleokimia berasaskan sawit Malaysia ke China meningkat 1.4 kali ganda dalam tempoh sedekad kepada 604,208 tan pada 2023 daripada 434,333 tan pada 2014, dengan nilai perdagangan mencecah RM2.82 bilion.

Rafizi Akan Tekankan Isu Kritikal Selatan Global Di Sidang Kemuncak BRICS

PUTRAJAYA, 22 Okt (Bernama) -- Menteri Ekonomi Rafizi Ramli akan menekankan isu-isu kritikal bagi Selatan Global termasuk pembangunan mampan, reformasi sistem tadbir urus global serta situasi geopolitik yang semakin berkembang di Timur Tengah pada 24 Oktober ini di Sidang Kemuncak BRICS Outreach/BRICS Plus di Kazan, Rusia.

Belanjawan 2025 Beri Suntikan Positif, Perkukuh Kedudukan Malaysia Di Mata Dunia

PUTRAJAYA, 18 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 akan memperkasa Kementerian Luar dalam memperkukuh kepentingan dan meluaskan pengaruh Malaysia ke platform antarabangsa sebagai Pengerusi ASEAN pada 2025.