Terdapat 1176 berita berdasarkan kata kunci carian "penutup"

Ringgit Cecah Hampir Ke Paras Tertinggi Enam Tahun Pada 4.07 Berbanding Dolar AS

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 19 Dis (Bernama) -- Ringgit mengukuh kepada paras 4.07 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika ditutup pada Jumaat, paras yang paling kukuh dalam tempoh hampir enam tahun susulan data inflasi AS yang lebih rendah daripada jangkaan.

Bursa Malaysia Teruskan Momentum Pada Tengah Hari, Indeks Utama Naik 11.90 Mata

KUALA LUMPUR, 19 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan aliran peningkatannya pada tengah hari Jumaat, didorong aktiviti belian saham wajaran tinggi terpilih yang didahului oleh kaunter kewangan.

Ringgit Dibuka Tinggi Sedikit Berbanding Dolar AS

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 19 Dis (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding dolar AS pada Jumaat, kekal di sekitar paras 4.08, disokong oleh jangkaan yang semakin meningkat terhadap pendirian dasar monetari AS yang kurang agresif serta perkembangan terkini dasar bank pusat global.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Susulan Kenaikan Minyak Kacang Soya, Minyak Mentah

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 18 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi hari ini, disokong oleh kenaikan dalam pasaran minyak kacang soya.

Ringgit Ditutup Tinggi Berbanding Dolar AS Menjelang Laporan Inflasi AS

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 18 Dis (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis apabila peserta pasaran menunggu laporan Indeks Harga Pengguna (IHP) AS yang akan dikeluarkan lewat malam ini.

Kontrak Niaga Hadapan KLCI Ditutup Tinggi, Seiring Kenaikan Di Pasaran Tunai

KUALA LUMPUR, 18 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Khamis, sejajar dengan kenaikan di pasaran tunai.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Didorong Pengukuhan Harga Minyak Kacang Soya

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 17 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini walaupun mengalami penurunan pada awal dagangan, disokong oleh pemulihan dalam pasaran minyak kacang soya.

Ringgit Ditutup Rendah Sedikit Berbanding Dolar Akhiri Kenaikan Empat Hari Berturut-turut

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 17 Dis (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar AS pada Rabu mengakhiri peningkatan empat hari berturut-turutnya apabila sesetengah peniaga mengambil keuntungan.

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 17 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini, seiring dengan penurunan di pasaran tunai.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Susulan Prestasi CBOT Yang Lemah

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 16 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini, selepas terjejas oleh prestasi lemah minyak kacang soya di Lembaga Perdagangan Chicago (CBOT), kata seorang peniaga.

Ringgit Kekal Kukuh, Ditutup Tinggi Berbanding Dolar AS

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 16 Dis (Bernama) -- Ringgit meneruskan momentum pengukuhannya pada Selasa, ditutup pada paras 4.08 berbanding dolar AS menjelang pengumuman data pekerjaan bukan ladang (NFP) Amerika Syarikat (AS) malam ini.

Niaga Hadapan KLCI Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 16 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini, seiring dengan prestasi kukuh di pasaran tunai pendasar.