Terdapat 827 berita berdasarkan kata kunci carian " import"

Ringgit Ditutup Tinggi Sedikit Berbanding Dolar AS Ketika DXY Rendah

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi sedikit berbanding dolar AS hari ini dalam keadaan Indeks Dolar AS (DXY) yang menyusut, kata penganalisis.

Ekosistem Mantap, Potensi Pelaburan 'Modal' Naratif Kukuh Malaysia Temui AS - AmCham

KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) -- Delegasi Malaysia ke Amerika Syarikat (AS) bagi membincangkan tarif timbal balas Presiden Donald Trump, perlu mengetengahkan naratif kukuh seperti ekosistem perniagaan mantap dan peluang pelaburan strategik di negara ini, kata Dewan Perniagaan Amerika Malaysia (AmCham).

Pelabur Asing Jual Ekuiti Dalam Pasaran Asia Berjumlah US$5.87 Bilion

KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) -- Pelabur asing meneruskan jualan bersih mereka dalam pasaran Asia untuk minggu kedua berturut-turut, dengan jumlah aliran keluar sebanyak US$5.87 bilion (US$1 = RM4.41), diterajui oleh jualan yang tinggi di Korea Selatan dan India.

Tarif AS Tingkatkan Ketegangan Rakyat, Perniagaan Dan Syarikat Asing Di China

BEIJING, 13 April (Bernama) -- Pastinya rakyat China diselubungi kebimbangan berikutan tarif timbal balas oleh Amerika Syarikat (AS) yang dikenakan kepada republik itu sejak minggu lepas sehingga menggoyahkan pasaran dan mencetuskan kerisauan mengenai kemelesetan global.

Pulau Pinang Giat Pelbagai Dan Kembangkan Pasaran Eksport Negeri

BUTTERWORTH, 12 April (Bernama) -- Pulau Pinang terus giat mempelbagaikan dan mengembangkan pasaran eksport negeri bagi memastikan kemampanan rantaian ekonomi dalam negeri serta negara.

Malaysia Manfaatkan Hubungan Baik, Cari Penyelesaian Tarif AS Atas Semangat ASEAN - PM Anwar

BUTTERWORTH, 12 April (Bernama) -- Malaysia akan menggunakan kekuatannya dan hubungan baik dengan Amerika Syarikat (AS), Eropah, China dan ASEAN untuk terus mencari jalan mengenai pelaksanaan tarif import timbal balas AS. 

Tarif Timbal Balas AS Boleh Jejas Hubungan Dagang Malaysia-China - PM Anwar

BACHOK, 12 April (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pelaksanaan tarif import timbal balas oleh Amerika Syarikat (AS) ke atas beberapa negara termasuk Malaysia boleh menjejaskan hubungan perdagangan dan pelaburan negara dengan China.

Tarif - Musuh Tidak Diundang, Tindakan Sepihak Cetus Celaru Dagangan

KUALA LUMPUR, 12 April (Bernama) -- Pada masa ini hampir seluruh golongan dewasa dan ramai golongan muda mungkin telah terbaca mahupun mendengar mengenai “tarif” sama ada menerusi berita, media sosial atau perbualan harian sejak 2 April lepas.

Ketegangan Mengenai Tarif Dijangka Cetus Dagangan Tidak Menentu Di Bursa Malaysia Minggu Depan

KUALA LUMPUR, 12 April (Bernama) -- Ketidaktentuan yang semakin meningkat di pasaran global dijangka menjejaskan sentimen pelabur yang berpotensi mengheret Bursa Malaysia ke arah trend tidak menentu minggu hadapan berikutan ketegangan mengenai tarif antara Amerika Syarikat (AS) dan China yang masih belum diselesaikan.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi untuk hari ketiga berturut-turut hari ini menjejaki kenaikan COMEX, apabila ketegangan perdagangan AS-China yang semakin meruncing terus memacu permintaan aset selamat.

F&N AgriValley Tonggak Visi NS Jadi Hab Tenusu Negara – MB

SEREMBAN, 11 April (Bernama) -- Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata F&N AgriValley membentuk komponen utama visi negeri ini untuk menjadi hab tenusu negara, sejajar dengan matlamat strategik yang digariskan dalam Rancangan Pembangunan Negeri Sembilan (RPNS) 2021-2025.

Malaysia Muktamadkan FTA Dengan Iceland, Liechtenstein, Norway Dan Switzerland

KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- Malaysia dan Persatuan Perdagangan Bebas Eropah (EFTA) telah memuktamadkan rundingan perjanjian perdagangan bebas (FTA), menurut Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).