3bulan ago
KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan CIMB Bank Bhd menandatangani memorandum persefahaman (MoU) untuk mempercepatkan pelaburan bernilai tinggi dan mampan, mendalami ekosistem perindustrian dan meningkatkan daya saing Malaysia.
3bulan ago
SANDAKAN, 23 Okt (Bernama) -- MJets Air Sdn Bhd, anak syarikat MMAG Aviation Consortium Sdn Bhd yang juga cabang penerbangan MMAG Holdings Bhd (MMAG), hari ini melancarkan perkhidmatan kargo udara terus pertama antara Kuala Lumpur dan Sandakan yang menandakan pencapaian bermakna dalam rangkaian kesalinghubungan kargo udara Malaysia.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Gamuda Bhd meneruskan sokongannya terhadap acara industri pembinaan terbesar dan paling berpengaruh di Malaysia iaitu Minggu Pembinaan Antarabangsa (ICW) dan BuildXpo 2025.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah US $123.4 bilion setakat 15 Oktober 2025 berbanding US$123.6 bilion yang dicatatkan semasa 30 Sept 2025.
3bulan ago
Oleh Jailani Hasan
LABUAN, 23 Okt (Bernama) -- Pengecualian untuk satu tempoh tertentu ke atas dasar kabotaj Malaysia boleh membantu mengurangkan ketidakseimbangan kos penghantaran dan kos logistik tinggi yang telah lama berlaku di Sabah, mengambil iktibar daripada pelarasan dasar serupa di United Kingdom (UK) dan Indonesia.
3bulan ago
KOTA BHARU, 23 Okt (Bernama) -- Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) terus memperkukuh pertumbuhan ekonomi di Kelantan dengan merealisasi pelaburan RM1.12 bilion setakat September 2025, dengan sektor pembuatan menjadi penyumbang utama pertumbuhan ekonomi negeri.
3bulan ago
KUCHING, 23 Okt (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC) memperkukuh usaha untuk mempercepat penerimagunaan teknologi dan pembiayaan inovasi bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan pemula niaga di Sarawak melalui program Road2Growth (R2G) Sarawak 2025.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Syarikat teknologi digital Systech Bhd hari ini mengumumkan Datuk Mohd Azizulhasni Awang sebagai pemegang saham terbesar syarikat itu.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Advanced Semiconductor Academy of Malaysia (ASEM) dan Indian Institute of Technology Madras (IIT Madras Global) menjalinkan kerjasama strategik untuk memperteguh kedudukan Malaysia di peringkat global dan daya tahannya dalam rantaian nilai semikonduktor.
3bulan ago
KUCHING, 22 Okt (Bernama) -- SACOFA Sdn Bhd menjalin kerjasama strategik dengan ZTE (Malaysia) Corporation Sdn Bhd untuk mempercepatkan transformasi digital Sarawak melalui pembangunan ekosistem digital yang mampan dan pintar.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- IOI Corporation Bhd merangkul anugerah ‘Best of the Best’ (Terbaik Dalam Kalangan Yang Terbaik) pada Anugerah ESG The Edge Malaysia 2025 yang diadakan pada 1 Oktober lepas.
3bulan ago
SHAH ALAM, 22 Okt (Bernama) -- Syarikat logistik SPX Express (SPX) hari ini melancarkan pusat pengisihan baharunya Bukit Raja Selatan (BRS) Sorting Centre SPX di Shah Alam.