Terdapat 544 berita berdasarkan kata kunci carian " perolehan"

Wasco Catat Untung Bersih RM25.02 Juta Bagi Suku Ketiga

KUALA LUMPUR, 28 Nov (Bernama) -- Wasco Bhd mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM25.02 juta bagi suku ketiga berakhir 30 Sept, 2024 berbanding RM27.41 juta yang dicatatkan pada suku yang sama tahun kewangan sebelum ini.

Capital A Kembali Meningkat, Raih Untung Bersih RM1.64 Bilion Dalam Suku Ketiga

KUALA LUMPUR, 28 Nov (Bernama) -- Keuntungan bersih Capital A Bhd bagi tempoh suku ketiga tahun kewangan berakhir pada 30 Sept, 2024, melonjak ketara dengan mencecah RM1.64 bilion berbanding kerugian bersih sebanyak RM102.75 juta, setahun lepas.

Untung Bersih TNB Melonjak Kepada RM1.58 Bilion Bagi Suku Ketiga

KUALA LUMPUR, 28 Nov (Bernama) -- Keuntungan bersih Tenaga Nasional Bhd (TNB) meningkat hampir dua kali kepada RM1.58 bilion dalam suku ketiga tahun kewangan berakhir pada 30 Sept, 2024 (TK2024), daripada RM856.20 juta dalam tempoh sama tahun sebelumnya.

Untung Bersih Alliance Bank Meningkat Kepada RM189.91 Juta Bagi Suku Kedua

KUALA LUMPUR, 28 Nov (Bernama) -- Alliance Bank Malaysia Bhd (Alliance Bank) mencatatkan keuntungan bersih lebih tinggi sebanyak RM189.91 juta pada suku kedua tahun kewangan berakhir Mac 2025 berbanding RM185.33 juta bagi suku sama tahun lepas.

Axiata Kembali Bangkit, Raih Untung Bersih RM976.67 Juta Bagi Suku Ketiga

KUALA LUMPUR, 28 Nov (Bernama) -- Axiata Group Bhd (Axiata) mencatat prestasi kewangan memberangsangkan apabila meraih keuntungan bersih suku ketiga tahun kewangan berakhir pada 30 Sept, 2024 yang mencecah RM976.67 juta berbanding kerugian bersih RM797.41 juta bagi suku sama setahun lepas.

Tropicana Catat Kerugian Bersih RM454.93 Juta Pada Suku Ketiga Tahun Ini

KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) -- Kerugian bersih Tropicana Corporation Bhd (Tropicana) melonjak kepada RM454.93 juta pada suku ketiga berakhir 30 Sept 2024 berbanding RM10.34 juta yang dicatatkan dalam tempoh sama tahun lepas.

20 Syarikat Terima Geran I-BAP Bernilai Hampir RM1.5 Juta

KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) -- Sebanyak 20 syarikat telah diluluskan geran bernilai hampir RM1.5 juta menerusi Program Business Accelerator untuk syarikat milikan India bersaiz kecil (I-BAP) oleh SME Corporation Malaysia (SME Corp).

ASEAN-BAC Malaysia Sasar Kukuhkan Hubungan Ekonomi Serantau

KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Majlis Penasihat Perniagaan ASEAN (ASEAN-BAC) Malaysia komited untuk memupuk hubungan ekonomi yang lebih erat di rantau ini semasa negara ini bersedia untuk memegang jawatan pengerusi tahun depan.

Untung Bersih MBSB Meningkat Kepada RM122.08 Juta Pada Suku Ketiga

KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- MBSB Bhd (MBSB) mencatatkan keuntungan bersih yang lebih tinggi iaitu sebanyak RM122.08 juta pada suku ketiga yang berakhir 30 Sept, 2024 berbanding RM32.84 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Untung Bersih MAHB Naik Kepada RM210.37 Juta Pada Suku Ketiga

KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) mencatatkan keuntungan bersih yang lebih tinggi sebanyak RM210.37 juta pada suku ketiga yang berakhir pada 30 Sept, 2024 berbanding RM94.76 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Kerjaya Prospek Property Akan Terus Tingkatkan Simpanan Tanah

KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Kerjaya Prospek Property Bhd akan meneruskan usaha pembelian tanah strategik dan meningkatkan simpanan tanahnya, dipacu kedudukan kewangan kumpulan yang kukuh dan berdaya tahan ketika ini di samping memastikan kemajuan yang lancar bagi projek pembangunan akan datang.

Winstar Capital Bakal Disenarai Pasaran Ace Sasar Kumpul Rm19.79 Juta Daripada Ipo

KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Pengeluar produk aluminium, Winstar Capital Bhd (Winstar Capital) yang bakal disenaraikan di Pasaran Ace Bursa Malaysia pada 19 Dis, 2024 menyasarkan untuk mengumpul RM19.79 juta melalui tawaran awam permulaan (IPO).