3bulan ago
KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berlepas ke Korea Selatan pada Khamis untuk menghadiri Mesyuarat Pemimpin-Pemimpin Ekonomi Mesyuarat Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC).
3bulan ago
GYEONGJU (Korea Selatan), 30 Okt (Bernama) -- Presiden Amerika Syarikat Donald Trump berlepas pulang ke Washington hari ini selepas mengadakan pertemuan selama lebih sejam dengan rakan sejawatnya dari China, Xi Jinping di Busan.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) dengan kerjasama SME Corporation Malaysia (SME Corp Malaysia) baru-baru ini berjaya merekodkan jualan eksport sebanyak RM150.37 juta menerusi Program Penyumberan Antarabangsanya (INSP).
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- China dan Amerika Syarikat (AS) perlu menjadi rakan kerjasama serta sahabat dan perbalahan dua kuasa ekonomi itu dari semasa ke semasa adalah sesuatu yang lazim, kata Presiden Xi Jinping dalam pertemuan dengan rakan sejawatnya, Donald Trump di Pangkalan Udara Gimhae di Busan, Korea Selatan.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menegaskan Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) Malaysia-Amerika Syarikat (AS) ditandatangani berikutan negara memerlukan pelaburan dan perdagangan yang tinggi dari AS.
3bulan ago
GYEONGJU (Korea Selatan), 30 Okt (Bernama) -- Menteri luar dan perdagangan Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) akan membincangkan mengenai isu geopolitik dan perdagangan serta hala tujunya hari ini menjelang Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC (AELM) ke-32 pada Jumaat.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Syarikat penerbangan Asia-Pasifik menyaksikan permintaan kargo udara tumbuh 6.8 peratus bagi tahun ke tahun pada September 2025, demikian menurut Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Perjanjian perdagangan Malaysia-Amerika Syarikat (AS) yang dimuktamadkan pada 26 Okt, 2025 dilihat secara umum sebagai pengesahan butiran yang disampaikan sebelum ini, kata OCBC.
3bulan ago
Oleh Syarifah Hunaini Syed Ismail
KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) – Sokongan Presiden Brazil Luiz Inacio Lula da Silva terhadap usaha Malaysia untuk menyertai perkumpulan BRICS sebagai anggota penuh menandakan satu pencapaian penting diplomatik dan titik perubahan dalam penglibatan ekonomi global negara.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menekankan kepentingan keterangkuman dalam pengukuhan rantaian bekalan dan pembangunan ekonomi digital yang mampan semasa Mesyuarat Pemimpin-Pemimpin Ekonomi APEC (AELM) di Gyeongju, Korea Selatan.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Malaysia berpegang teguh kepada prinsip berkecuali, pendekatan whole-of-government (keseluruhan negara) dan sentiasa memastikan kepentingan serta kedaulatan negara terus dilindungi dalam memuktamadkan rundingan Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) dengan Amerika Syarikat (AS).
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Malaysia masih mengekalkan dasar melarang eksport unsur nadir bumi mentah (REE) bagi memastikan pembangunan industri hiliran tempatan, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.