Terdapat 898 berita berdasarkan kata kunci carian " tambahan"

Delegasi Jepun Kunjungi Malaysia Minggu Depan Perkukuh Kerjasama Tenaga Hijau

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Delegasi berprofil tinggi dari Jepun akan mengunjungi Malaysia minggu depan untuk membincangkan kerjasama lebih mendalam dalam Komuniti Pelepasan Sifar Asia (AZEC) bagi mencapai sasaran penyahkarbonan, pertumbuhan ekonomi dan keselamatan tenaga.

Reach Ten Sasar Tingkat Prasarana Gentian Optik Kepada 767 Kilometer Dalam Tiga Tahun

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Penyedia perkhidmatan telekomunikasi berpangkalan di Sarawak, Reach Ten Holdings Bhd (Reach Ten) menyasarkan untuk memanfaatkan hasil tawaran awam permulaan (IPO) bagi meningkatkan infrastruktur saluran gentian optiknya kepada 767 kilometer di Sibu, Miri dan Bintulu dalam tempoh tiga tahun.

RISDA Temui Sumber Kekayaan Baharu Negara, Bakal Dilaksana Awal Tahun Depan

KUALA LUMPUR, 1 Mei (Bernama) -- Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) kini dalam proses memuktamadkan satu kajian awal terhadap usaha pembangunan produk biofuel berasaskan sekerap getah, dengan sasaran mengumumkan keberkesanan penggunaannya secara meluas seawal awal tahun hadapan. 

PM Anwar Serlah Kepintaran Politik Sebagai Pengerusi ASEAN Dalam Depani Cabaran

KUALA LUMPUR, 1 Mei (Bernama) – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mempamerkan kepintaran politik yang luar biasa sebagai pengerusi ASEAN dalam mendepani cabaran yang dihadapi rantau ini, termasuk yang di luar jangka selepas beliau menggalas tanggungjawab kepengerusian blok itu daripada Laos pada Oktober lepas.

Sustio Unit Simmtech Buka Kilang Operasi Kedua Di Pulau Pinang, Selesaikan Pengembangan Fasa Ke-2

KUALA LUMPUR, 30 April 30 (Bernama) -- Pengeluar dan pembekal utama papan litar bercetak (PCB), Sustio Sdn Bhd, anak syarikat Simmtech Group menyiapkan pembesaran fasa 2 bernilai RM326 juta dengan pembukaan kilang operasi keduanya di Batu Kawan, Pulau Pinang.

Trump Rancang Pengecualian Cukai Untuk Alat Ganti Kereta Selepas Aduan Industri

WASHINGTON, 30 April (Bernama-dpa) -- Pengeluar kereta di Amerika Syarikat bakal menerima pelepasan daripada tarif ke atas komponen kenderaan, menurut seorang pegawai kanan Jabatan Perdagangan pada Selasa, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Industri Insurans Am Kekal Berada Pada Pertumbuhan Stabil - PIAM

KUALA LUMPUR, 29 April (Bernama) -- Industri Insurans Am di Malaysia kekal berada pada pertumbuhan yang stabil walaupun terdapat ketidaktentuan faktor luaran dan kos inflasi, kata Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM).

Sektor Pembuatan Pacu Ekonomi Kelantan, ECERDC Raih Pelaburan RM1.21 Bilion

KUALA LUMPUR, 29 April (Bernama) -- Transformasi Kelantan sebagai hab perindustrian semakin menyerlah dengan ketara berikutan kejayaan Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) memperoleh pelaburan direalisasikan sebanyak RM1.21 bilion, didorong terutamanya oleh sektor pembuatan.

Maxis Perluas Penyelesaian Home Solar Ke Seluruh Semenanjung Malaysia 

KUALA LUMPUR, 29 April (Bernama) -- Maxis Bhd merancang untuk memperluas penyelesaian Maxis Home Solar kepada isi rumah di seluruh Semenanjung Malaysia berikutan maklum balas positif daripada pengguna awal di Lembah Klang.KUALA LUMPUR, 29 April (Bernama) -- Maxis Bhd merancang untuk memperluas penyelesaian Maxis Home Solar kepada isi rumah di seluruh Semenanjung Malaysia berikutan maklum balas positif daripada pengguna awal di Lembah Klang.

Pasaran Getah Teruskan Penurunan Seiring Pengukuhan Ringgit

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 29 April (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia melanjutkan aliran menurun hari ini seiring dengan pasaran hadapan getah serantau dan ringgit yang lebih kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) apabila China menangguhkan rangsangan tambahan, kata seorang peniaga.

Malaysia Bawa Cadangan Pewujudan Majlis Halal ASEAN

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR,27 April (Bernama) -- Malaysia bercadang mewujudkan Majlis Halal ASEAN dan cadangan itu akan dibawa ke peringkat Sekretariat ASEAN untuk dimuktamadkan secara rasmi bagi memperkukuh kerjasama strategik dalam industri halal serantau.

Anak Syarikat Meta Bright Peroleh Kontrak Bekal Konkrit Untuk Projek Di Sabah

KUALA LUMPUR, 28 April (Bernama) -- Meta Bright Group Bhd (MBGB) menerusi anak syarikat 70 peratus miliknya, Expogaya Sdn Bhd memperoleh kontrak pembekalan konkrit berjumlah RM30 juta bagi projek Boulevard 360 Bundusan di Penampang, Kota Kinabalu, Sabah.