BERITA TERKINI   Banjir di Sabah pulih sepenuhnya, pusat pemindahan terakhir di Beaufort ditutup 4 petang ini - JPBN | Inisiden letupan kompresor di sebuah universiti swasta, mangsa terlibat meningkat 10 orang termasuk seorang maut- Ketua Polis KL | 

Terdapat 627 berita berdasarkan kata kunci carian "nem"

PM Anwar Lawat Battersea Power Station, Pelaburan Terbesar Malaysia Di UK

Daripada D.Arul Rajoo

LONDON, 16 Jan (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini melawat Battersea Power Station, merupakan pelaburan terbesar Malaysia melibatkan dana awam di Eropah.

Sarawak Oil Palms Sasar Perolehan RM1.5 Juta Menerusi Jualan Produk AvantHealth Di China

KUALA LUMPUR, 16 Jan (Bernama) -- Sarawak Oil Palms Bhd menyasarkan perolehan RMB2.4 juta (RM1.5 juta) apabila produk utama mereka, AvantHealth Avtriee Tocotrienols, mula dipasarkan di pasaran China.

Malaysia Perlu Rebut Peluang Perdagangan Luar Untuk Imbangi Halangan Perdagangan AS

KUALA LUMPUR, 15 Jan (Bernama) -- Malaysia perlu sentiasa mencari peluang baharu untuk mengukuhkan hubungan perdagangan luarnya bagi mengurangkan kesan daripada halangan perdagangan dengan Amerika Syarikat (AS), kata KSI Strategic Institute for Asia Pacific (KSI).

Pengarah Minat Manfaatkan AI, ESG, Kepelbagaian Lembaga, Hadapi Cabaran Pelaksanaan - Tinjauan

KUALA LUMPUR, 15 Jan (Bernama) -- Kalangan pengarah korporat mengiktiraf kepelbagaian komposisi dalam lembaga pengarah, kecerdasan buatan generatif (GenAI) dan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG), bagaimanapun berhadapan cabaran dalam pelaksanaannya, kata satu tinjauan oleh PwC Malaysia.

Malaysia, UAE Meterai MoU Perkukuh Kerjasama AI Di Bawah Inisiatif MMAI

KUALA LUMPUR, 14 Jan (Bernama) -- Malaysia dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) untuk menjalin kerjasama dalam bidang kecerdasan buatan (AI) sebagai sebahagian daripada Inisiatif Kecerdasan Buatan Malaysia MADANI (MMAI).

IPO Oriental Kopi Yang Bakal Disenarai Di Pasaran ACE Terlebih Langgan 60 Kali

KUALA LUMPUR, 14 Jan (Bernama) -- Tawaran awam permulaan (IPO) bagi pengendali rangkaian makanan dan minuman (F&B) Oriental Kopi Holdings Bhd telah terlebih langgan kira-kira 60 kali.

Labuan Berpotensi Jadi Hab Utama Industri Tuna Global

Oleh Jailani Hasan

LABUAN, 14 Jan (Bernama) -- Industri tuna yang telah lama bertapak di pulau bebas cukai, Labuan berpotensi untuk terus berkembang sekali gus menawarkan manfaat besar kepada ekonomi tempatan dan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan.

Minyak Sawit Malaysia Pertingkatkan Industri Minyak Makan Pakistan - Johari Ghani

KUALA LUMPUR, 11 Jan (Bernama) -- Minyak sawit Malaysia dan produknya mempunyai potensi besar untuk mempertingkatkan sektor minyak makan dan pembuatan makanan di Pakistan, serta mengukuhkan lagi kerjasama yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara, kata Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

U Mobile Dijangka Bekerjasama Biayai Capex 5G RM3 Bilion-RM4 Bilion - RHB Investment Bank

KUALA LUMPUR, 10 Jan (Bernama) -- U Mobile Sdn Bhd dijangka melaksanakan kerjasama rangkaian untuk membiayai perbelanjaan modal (capex) 5G yang dianggarkan antara RM3 bilion hingga RM4 bilion berikutan terpilih sebagai penyedia akses rangkaian 5G kedua, menurut RHB Investment Bank Bhd.

Petronas Capai Keputusan Pelaburan Akhir Bagi Pembangunan Hidayah Indonesia

KUALA LUMPUR, 10 Jan (Bernama) -- Anak syarikat Petroliam Nasional Bhd (Petronas), PC North Madura II Ltd, mencapai Keputusan Pelaburan Akhir (FID) bagi pembangunan medan Hidayah, Indonesia.

MATRADE Meterai PPA Dengan Syarikat Kejuruteraan Cahaya Abadi

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 9 Jan (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) menandatangani perjanjian pembelian tenaga (PPA) solar dengan Kejuruteraan Cahaya Abadi Sdn Bhd (KCASB) bagi penjimatan hasil penggunaan elektrik bernilai hampir RM500,000.