4bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) -- Indeks petunjuk utama Bursa Malaysia menokok sebanyak 0.19 peratus pada tengah hari ini dengan pasaran secara menyeluruh kekal positif, dipacu jangkaan berkaitan keputusan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS), lewat malam ini.
4bulan ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia memulakan minggu dagangan singkat dengan lebih positif hari ini, didorong oleh jangkaan ketara terhadap kemungkinan pengurangan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) negara maju itu, lewat malam ini.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Sept (Bernama) -- Sakura Ferroalloys Sdn Bhd mengumumkan tiga pencapaian utamanya iaitu pembukaan kilang sinter yang baru dibina dan penukar feromangan ditapis dengan jumlah pelaburan sebanyak RM487.5 juta, serta pemegang saham keempatnya, JFE Mineral & Alloy Co Ltd.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia Securities Bhd secara terbuka telah menegur Fitters Diversified Bhd dan lima pengarahnya kerana melanggar keperluan penyenaraian Pasaran Utama.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia Securities Bhd membuat teguran awam kepada Ecobuilt Holdings Bhd (ECOHLDS) dan dua bekas pengarahnya berikutan melanggar Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities (LR Utama).
4bulan ago
Oleh Harizah Hanim Mohamed
KUALA LUMPUR, 12 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia mencecah paras 1,600 dan ditutup pada paras tertinggi hariannya, meningkat 1.1 peratus berikutan pelabur menjangka Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) akan mengurangkan kadar seawal minggu depan, menjadikan aset dalam denominasi ringgit lebih menarik berdasarkan asas pelarasan mata wang.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Sept (Bernama) -- Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Bhd (Takaful Malaysia) meluaskan portfolionya melangkaui kekuatan terasnya dalam produk berkaitan kredit dan takaful motor dengan menawarkan perlindungan insurans hayat individu.
4bulan ago
PETALING JAYA, 12 Sept (Bernama) -- Penyedia perkhidmatan kejuruteraan utiliti, Cheeding Holdings Bhd menyasarkan untuk meraih RM51.5 juta melalui tawaran awam permulaan (IPO), menjelang penyenaraiannya di Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Bhd pada 7 Okt 2025.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Sept (Bernama) -- Rakuten Trade Sdn Bhd menaikkan sasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) kepada 1,650 daripada 1,630 bagi 2025, disokong oleh aliran masuk dana asing baharu ke Asia.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia meningkat semula daripada penurunan semalam dan mengakhiri sesi pagi dengan naik 0.4 peratus, seiring dengan prestasi pasaran saham global.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Sept (Bernama) -- Tawaran awam permulaan (IPO) JS Solar Holdings Bhd telah mencatatkan lebihan langganan sebanyak 48.32 kali, menjelang penyenaraiannya di Pasaran ACE Bursa Malaysia dijadualkan pada 23 September, 2025.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Jumaat, menjejaki kenaikan global susulan keyakinan pelabur bahawa Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat akan menurunkan kadar faedah minggu depan.