8bulan ago
KLANG, 6 Mei (Bernama) -- Ahli Parlimen Muda Perhimpunan Antara Parlimen ASEAN (YPA) perlu menjadi nilai tambah kepada Perhimpunan Agung Antara Parlimen ASEAN (AIPA) dalam memberikan idea menerusi perbincangan yang berkesan demi menjamin kemakmuran di rantau ini.
8bulan ago
KULIM, 5 Mei (Bernama) – Austria Technologie & Systemtechnik AG (AT&S), salah satu pengeluar litar bersepadu (IC) dan papan litar bercetak terkemuka, kini telah bersedia untuk pengeluaran volum tinggi di kompleks kilang baharunya di Taman Teknologi Tinggi Kulim (KHTP), Malaysia.
8bulan ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- Kalangan ahli ekonomi menyemak turun pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia 2025 kepada 4.5 peratus berikutan pelaksanaan tarif oleh Amerika Syarikat (AS) yang memberi kesan, namun pada masa sama terus yakin dengan daya tahan ekonomi.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB) kekal positif terhadap kelompok pusat data (DC) yang dibangunkan di ASEAN walaupun terdapat sekatan eksport cip berteknologi tinggi oleh Amerika Syarikat (AS) serta kebimbangan berkaitan tarif dan makro.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- Kerajaan akan menyediakan peruntukan tambahan berjumlah RM50 juta kepada Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) bagi menyegerakan usaha penerokaan pasaran baharu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, May 1 (Bernama) -- Pavilion Malaysia berada di landasan untuk mencapai sasaran 1.5 juta pengunjung dan menjana peluang perdagangan dan pelaburan bernilai RM13 juta di Expo 2025 Osaka yang berlangsung dari 13 April hingga 13 Okt 2025, kata pengarahnya Ellyza Mastura Ahmad Hanipah.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) - Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) ke-21 akan memanfaatkan platform Perdagangan Digital MADANI (MDT) yang dikuasakan oleh kecerdasan buatan (AI) untuk menyasarkan jualan halal global berjumlah RM4.5 bilion bagi 2025.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 30 April 30 (Bernama) -- Pengeluar dan pembekal utama papan litar bercetak (PCB), Sustio Sdn Bhd, anak syarikat Simmtech Group menyiapkan pembesaran fasa 2 bernilai RM326 juta dengan pembukaan kilang operasi keduanya di Batu Kawan, Pulau Pinang.
8bulan ago
KUCHING, 30 April (Bernama) -- Pembekal perkhidmatan telekomunikasi bakal disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia, Reach Ten Holdings Bhd bekerjasama dengan CelcomDigi Bhd untuk menyediakan liputan selular kepada komuniti luar bandar melalui penggunaan tenaga dan kos rendah serta perkhidmatan stesen pangkalan sel kecil high data load.
8bulan ago
GEORGE TOWN, 29 April (Bernama) -- Jumlah pelaburan yang diluluskan di bawah inisiatif Malaysia Digital (MD) mencecah RM16.2 bilion dari tempoh Januari hingga April tahun ini, disokong oleh keyakinan kukuh pelabur global, kata Menteri Digital Gobind Singh Deo.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 April (Bernama) -- Malaysia dan Jepun membincangkan kerjasama ekonomi yang lebih luas termasuk pembangunan kecerdasan buatan (AI) dan masa depan industri automotif terutamanya dalam ketidaktentuan global pada masa ini.
8bulan ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR,27 April (Bernama) -- Malaysia bercadang mewujudkan Majlis Halal ASEAN dan cadangan itu akan dibawa ke peringkat Sekretariat ASEAN untuk dimuktamadkan secara rasmi bagi memperkukuh kerjasama strategik dalam industri halal serantau.