4bulan ago
KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Menteri-Menteri bertanggungjawab dalam hal ehwal tenaga dari Laos, Thailand, Malaysia dan Singapura hari ini mengulangi komitmen mereka untuk terus meningkatkan perdagangan tenaga rentas sempadan secara pelbagai hala dalam ASEAN, susulan kejayaan Projek Integrasi Tenaga Laos-Thailand-Malaysia-Singapura (LTMS-PIP).
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) – Malaysia boleh memulakan pembangunan tenaga nuklearnya dengan menggunakan unit tenaga terapung (FPU) sebagai langkah awal ke arah mewujudkan kapasiti nuklear menjelang 2031, kata Pengarah Projek Rosatom Energy Alexander Tsibulya.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Malaysia berhasrat memainkan peranan utama dalam usaha peralihan hijau serantau dengan memupuk kerjasama lebih kukuh antara kerajaan, industri dan komuniti bagi membina rantau yang lebih berdaya tahan dan kurang pelepasan karbon pada masa depan.
4bulan ago
Oleh Harizah Hanim Mohamed
KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) adakan perbincangan tentang insentif alternatif untuk menggalakkan penggunaan kenderaan elektrik (EV) berikutan pemansuhan pengecualian duti eksais ke atas kenderaan elektrik (EV) import sepenuhnya (CBU) mulai 2026, kata Menterinya, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji usaha ASEAN menarik penyertaan institusi utama bagi memastikan kejayaan Inisiatif Pembiayaan Grid Kuasa ASEAN (APGF).
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Labuan IBFC Incorporated Sdn Bhd dan Persatuan Penasihat Syariah dalam Kewangan Islam Malaysia (ASAS) memeterai perkongsian strategik bagi memperkukuh kerjasama dalam memajukan landskap kewangan Islam.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Maybank menjalin kerjasama untuk mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan utama global.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- ASEAN perlu menyasarkan untuk muncul sebagai destinasi pelaburan tenaga bersih dengan memanfaatkan kerjasama awam-swasta, pembiayaan hijau dan dana iklim, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- SAIC Motor Malaysia mengumumkan pelan untuk memulakan pemasangan tempatan bagi kenderaan jenama MG pada separuh pertama 2026.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) mencadangkan agar amalan kawal selia yang baik (GRP) dijadikan sebagai pemacu utama integrasi ASEAN untuk mengukuhkan daya saing serta tarikan pelaburan blok itu.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Malaysia sedang memuktamadkan Dasar Pasaran Karbon Kebangsaan yang menyediakan rangka kerja menyeluruh untuk menetapkan hala tuju negara dalam perdagangan karbon.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) — Tenaga Nasional Bhd (TNB) di bawah inisiatif grid kuasa ASEAN (APG) sedang mengukuhkan saling sambung rentas sempadan untuk memastikan bekalan elektrik mesra alam dapat dibekalkan ke seluruh rantau ini.