1tahun ago
KUALA LUMPUR, 3 Dis -- Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) komprehensif pertama antara Malaysia dan United Kingdom (UK) menerusi Perjanjian Komprehensif dan Progresif untuk Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) akan meningkatkan hubungan pelaburan dan perdagangan antara kedua-dua negara.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 2 Dis (Bernama) -- Kerajaan sentiasa bekerjasama dengan kerajaan negeri bagi mempertingkat ekonomi di Perlis dengan memberi sokongan dari segi pembinaan infrastruktur mengikut keperluan dan kedudukan kewangan semasa kerajaan serta penjanaan pelaburan.
1tahun ago
Oleh Harizah Hanim Mohamed
KUALA LUMPUR, 1 Dis (Bernama) -- Kerajaan mesti mengutamakan industri perkapalan domestik dalam usaha memajukan perkapalan hijau dan pada masa sama menetapkan dasar perkapalan negara yang baharu untuk menangani jurang berpanjangan dalam sektor itu, kata persatuan industri perkapalan.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 28 Nov (Bernama) -- BMW Group Malaysia melancarkan Fasa 2 Pusat Pengedaran dan Alat Ganti Serantau, yang secara ketara memperluaskan kemudahan canggih itu yang terletak di Zon Perindustrian Bebas di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 28 Nov (Bernama) -- Alliance Bank Malaysia Bhd (Alliance Bank) mencatatkan keuntungan bersih lebih tinggi sebanyak RM189.91 juta pada suku kedua tahun kewangan berakhir Mac 2025 berbanding RM185.33 juta bagi suku sama tahun lepas.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 28 Nov (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) bersedia untuk terlibat dalam sesi libat urus bagi meneliti pindaan Akta Pembangunan Mineral 1994 [Akta 525], khususnya aspek memudah cara pembangunan serta integrasi industri unsur nadir bumi (REE) di peringkat huluan, pertengahan dan hiliran.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) -- Vanzo Holdings Bhd menyasarkan untuk meraih RM14 juta menerusi tawaran awam permulaan (IPO) menjelang penyenaraiannya di Pasaran ACE Bursa Malaysia pada 17 Disember ini.
1tahun ago
ISKANDAR PUTERI, 27 Nov (Bernama) -- Zon Kewangan Khas (SFZ) Forest City di sini akan memfokuskan dua sektor utama iaitu perkhidmatan perbankan dan kewangan serta perkhidmatan logistik, pusat perkhidmatan global dan perkhidmatan pemindahan.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Majlis Penasihat Perniagaan ASEAN (ASEAN-BAC) Malaysia komited untuk memupuk hubungan ekonomi yang lebih erat di rantau ini semasa negara ini bersedia untuk memegang jawatan pengerusi tahun depan.
1tahun ago
Daripada Mohd Shukri Ishak
SEOUL, 26 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kerajaan tidak pernah menyisihkan pelaburan ke Kedah, malah turut memberi cadangan dan menyokong Hyundai Motor untuk melabur di Kulim.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Cuba dan Malaysia perlu memperkukuh kerjasama dalam bidang bioteknologi dan farmaseutikal terutama dalam penghasilan vaksin termasuk vaksin halal yang akan memenuhi keperluan demografi tempatan, kata Duta Cuba ke Malaysia Florentino Batista Gonzalez.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Ekonomi digital Malaysia dijangka mencecah US$31 bilion (RM138.4 bilion) dari segi nilai barangan kasar (GMV) pada 2024, meningkat 16 peratus daripada angka pada 2023.