9bulan ago
KUALA LUMPUR, 16 April (Bernama) -- Nextgreen IOI Pulp Sdn Bhd (NIP), sebuah syarikat usaha sama (JV) antara Nextgreen Global Bhd (55 peratus) dan IOI Corporation Bhd (45 peratus) telah bekerjasama dengan Hong Kong Paper Sources Co Ltd untuk membangunkan kemudahan pengeluaran pulpa bersepadu bio yang berkapasiti tinggi di Taman Teknologi Hijau, Pekan, Pahang.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 16 April (Bernama) -- Bursa Malaysia menyaksikan dagangan rendah pada sesi awal Rabu, menjejaki kerugian semalaman Wall Street di tengah-tengah sentimen waspada kalangan pelabur susulan kecelaruan dasar tarif Presiden Donald Trump.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka meningkat pada Selasa, dipacu oleh sentimen positif susulan prestasi semalaman Wall Street yang kukuh.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Isnin, disokong oleh aktiviti belian saham pada harga rendah dan menjejaki prestasi Wall Street yang kukuh pada Jumaat lepas.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 April (Bernama) -- Ketidaktentuan yang semakin meningkat di pasaran global dijangka menjejaskan sentimen pelabur yang berpotensi mengheret Bursa Malaysia ke arah trend tidak menentu minggu hadapan berikutan ketegangan mengenai tarif antara Amerika Syarikat (AS) dan China yang masih belum diselesaikan.
9bulan ago
Oleh Anas Abu Hassan
KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) berada dalam wilayah negatif hari ini dengan mengakhiri minggu ini dalam keadaan suram, terjejas dengan penjualan saham mewah perbankan memandangkan pelabur terus menilai prospek perdagangan global.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- Bursa Malaysia merosot daripada kenaikan semalam apabila dibuka rendah pada Jumaat, sejajar dengan prestasi Wall Street yang lemah berikutan kebimbangan baharu mengenai prospek perdagangan global.
9bulan ago
Oleh Anas Abu Hassan
KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- Bursa Malaysia meningkat semula dengan ketara untuk ditutup tinggi pada Khamis sementara indeks penanda aras melonjak 4.47 peratus, dalam keadaan sentimen pasaran yang bertambah baik di seluruh rantau susulan pengumuman penangguhan sementara tarif Amerika Syarikat (AS).
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- Malaysia terus memantau perkembangan terkini berkenaan tarif yang dikenakan Amerika Syarikat (AS) meskipun industri semikonduktor tidak terjejas secara langsung dengan situasi tersebut, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
9bulan ago
KOTA KINABALU, 10 April (Bernama) -- Sabah mencatatkan jumlah pelaburan keseluruhan sebanyak RM6.5 bilion dengan 38.7 peratus daripadanya disumbangkan oleh sektor pembuatan pada tahun lepas, kata Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Musa Aman.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi Khamis dengan lebih tinggi, didorong oleh sentimen positif susulan pengumuman penangguhan sementara tarif oleh Amerika Syarikat (AS) yang meredakan potensi perang dagangan besar-besaran serta berlakunya kemelesetan ekonomi.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- Bursa Malaysia memulakan dagangan Khamis dengan meningkat mendadak, menjejaki prestasi semalaman pasaran Wall Street selepas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengumumkan penangguhan sementara tarif, kata penganalisis.