Terdapat 5276 berita berdasarkan kata kunci carian " 2025"

Kerajaan Komited Laksana Cukai Minimum Global Pada 2025 – Kementerian Kewangan

KUALA LUMPUR, 18 Okt (Bernama) -- Kerajaan komited untuk melaksanakan Cukai Minimum Global (GMT) pada tahun 2025, kata Kementerian Kewangan.

Belanjawan 2025 Peruntuk RM421 Bln, Peningkatan 3.3 Peratus dari Peruntukan Tahun Lalu

 KUALA LUMPUR, 18 Okt (Bernama) – Kerajaan telah memperuntukkan sejumlah RM421.0 bilion, atau 20.2 peratus daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK),  peningkatan 3.3 peratus daripada RM407.5 bilion yang diperuntukkan dalam belanjawan 2024 yang disemak semula.

Ekonomi Malaysia diunjur Berkembang 4.5 -5.5 Peratus Pada 2025

KUALA LUMPUR, 18 Okt (Bernama) -- Ekonomi Malaysia diunjur berkembang antara 4.5 peratus dan 5.5 peratus pada 2025 berbanding jangkaan 4.8 peratus dan 5.3 peratus pada 2024, menurut Kementerian Kewangan (MoF).   

Bursa Malaysia Kekalkan Momentum Meningkat Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 18 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia mencatat peningkatan merentasi semua papan pada tengah hari Jumaat, seiring dengan prestasi sebahagian besar pasaran serantau dan menjejaki prestasi semalaman Wall Street, kata penganalisis.

Perbelanjaan Isi Rumah Diunjur Tumbuh Lima Peratus Kepada RM952.6 Bilion Tahun Depan - BMI

KUALA LUMPUR, 18 Okt (Bernama) -- BMI, unit Fitch Solutions, mengunjurkan perbelanjaan isi rumah Malaysia mencatat pertumbuhan sebanyak lima peratus tahun ke tahun pada 2025 kepada RM952.6 bilion.

Pavilion Malaysia Di Tokyo Game Show 2024 Jana Potensi Eksport US$67.11 Juta

KUALA LUMPUR, 17 Okt (Bernama) -- Pavilion Malaysia di acara Tokyo Game Show (TGS) 2024 pada September lepas, berjaya menjana potensi jualan bernilai US$67.11 juta (US$1=RM4.29) daripada 150 mesyuarat niaga membabitkan syarikat-syarikat permainan Malaysia dan Jepun.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Sedikit

KUALA LUMPUR, 18 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi sedikit dalam dagangan berhati-hati menjelang pembentangan Belanjawan 2025 hari ini, kata penganalisis.

MIDA Di Landasan Untuk Capai Matlamat Pelaburan Hijau RM2.5 Bilion Di IGEM 2024

KUALA LUMPUR, 18 Okt (Bernama) -- Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) berada di landasan yang betul untuk mencapai sasaran RM2.5 bilion pelaburan daripada peneraju pelaburan hijau pada Pameran dan Persidangan Antarabangsa Produk Eko & Teknologi Hijau Malaysia (IGEM) 2024.

Ringgit Dibuka Tinggi Sedikit Berbanding Dolar AS, Peniaga Nantikan Belanjawan 2025

KUALA LUMPUR, 18 Okt (Bernama) -- Ringgit diniagakan tinggi sedikit berbanding dolar AS pada sesi pembukaan hari ini berikutan peniaga menjangka mata wang tempatan akan diniagakan mendatar selain memberi tumpuan kepada sasaran defisit fiskal tahun depan walaupun bank-bank global terus melaksanakan pelonggaran dasar monetari.

Salcon Dapat Kontrak Kerja-kerja Retikulasi Air Luar Bernilai RM18.50 Juta

KUALA LUMPUR, 17 Okt (Bernama) -- Salcon Bhd melalui anak syarikat milik penuhnya, Salcon Engineering Bhd memperoleh kontrak bernilai RM18.50 juta daripada LTE Engineers Sdn Bhd, bagi pihak F&N AgriValley Sdn Bhd.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Susulan Niaga Hadapan Minyak Kacang Soya CBOT Lemah

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 17 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Khamis susulan kelemahan dalam niaga hadapan minyak kacang soya Chicago Board of Trade (CBOT), kata peniaga minyak sawit David Ng.

Pelaburan RM85.7 Bilion Diperlukan Bagi Capai Sasaran DSTIN 2021-2030 - MOSTI

KUALA LUMPUR, 17 Okt (Bernama) -- Pelaburan berjumlah RM85.7 bilion dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) diperlukan bagi memastikan sasaran Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara (DSTIN) 2021-2030 dapat dicapai.