8bulan ago
KUALA LUMPUR, 22 April (Bernama) -- DPS Resources Bhd menjalin kerjasama strategik dengan Invest Energy Ventures Sdn Bhd (IEVSB) untuk membangunkan ladang solar dan infrastruktur mampan bagi pusat data kecerdasan buatan (AI) dan taman perindustrian berteknologi tinggi di Alor Gajah, Melaka.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 21 April (Bernama) -- Platform e-dagang Taobao Malaysia merancang untuk melancarkan antara muka (interface) dalam Bahasa Malaysia menjelang Jun 2025.
9bulan ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 18 April (Bernama) -- Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri Johor telah membincangkan inisiatif-inisiatif sandbox dalam usaha menangani kebimbangan pelabur serta industri di Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 April (Bernama) -- Agensi dan syarikat tempatan mula mengadaptasi kecerdasan buatan (AI) sebagai sebahagian daripada perjalanan transformasi digital mereka, menurut NEC Corporation of Malaysia Sdn Bhd (NEC Malaysia).
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 April (Bernama) -- Kerajaan Malaysia dan China perlu segera mengiktiraf secara bersama piawaian dan pensijilan terutamanya dalam sektor makanan, kosmetik dan produk perubatan, bagi menyelaras proses eksport serta membuka peluang sepenuhnya potensi kerjasama Malaysia-China dalam kalangan perusahan kecil dan sederhana (PKS).
9bulan ago
PUTRAJAYA, 17 April (Bernama) -- Malaysia dan China bersetuju untuk mempromosikan dan membangunkan ekonomi digital kedua-dua negara di samping memperkukuh kerjasama dalam teknologi kecerdasan buatan (AI).
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 16 April (Bernama) -- Sebanyak 300 pemimpin digital Malaysia disasar untuk dilatih menjelang 2026 melalui Program Kecemerlangan Kepimpinan Digital (DLE) iaitu inisiatif kerjasama antara Huawei Technologies (Malaysia) Sdn Bhd dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 16 April (Bernama) -- Malaysia dan China memeterai beberapa memorandum persefahaman (MoU) yang berpotensi meningkatkan perdagangan dalam perkhidmatan dan kerjasama perindustrian yang akan memperkukuhkan lagi hubungan ekonomi.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Firma analisis dan kecerdasan buatan (AI) global, SAS Institute Inc berhasrat untuk mengadaptasi strategi pengurusan risiko dan pematuhan yang berjaya dari pasaran serantau lain bagi merangsang pertumbuhan industri perbankan dan perkhidmatan kewangan di Malaysia.
9bulan ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid and Norsyafawati Ab Wahab
KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- Negara-negara ASEAN perlu mengambil langkah proaktif untuk memanfaatkan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) dan kemajuan teknologi khususnya dalam bidang kecerdasan buatan (AI) bagi memperkukuh integrasi serantau, merangsang inovasi dan mempertingkat daya saing ekonomi jangka panjang.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- Syarikat perkhidmatan digital terkemuka Malaysia, MY E.G. Services Berhad telah menandatangani perjanjian dengan Guangxi Beitou IT Innovation Technology Investment Group Co., Ltd untuk bersama-sama menubuhkan Pusat Inovasi dan Kerjasama Kecerdasan Buatan (AI) Malaysia-China.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- Teknologi perlu berperanan sebagai pelindung tamadun, bukan sekadar pemangkin kemajuan, tetapi turut membantu menyelamatkan nyawa serta merapatkan jurang komunikasi, kata seorang ahli akademik China pada Jumaat.