8bulan ago
KUALA LUMPUR, 16 Mei (Bernama) -- Prospek makroekonomi Malaysia yang positif dan pelaksanaan pembaharuan struktur yang berterusan akan memberikan sokongan jangka sederhana kepada ringgit, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama) -- UBS Investment Bank mengekalkan unjuran memberangsangkan terhadap prospek emas dan menjangkakan logam berharga itu akan meneruskan momentum kenaikannya, berkemungkinan besar sehingga suku kedua dan ketiga 2026 susulan ketidakpastian global.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) -- Presiden Rusia Vladamir Putin berkata beliau melihat wujudnya prospek bagi usaha sama antara Rusia dan Malaysia dalam bidang gas asli dan tenaga nuklear.
8bulan ago
Oleh Rosemarie Khoo dan Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) -- Angka keluaran dalam negara kasar (KDNK) bagi suku pertama Malaysia 2025 berkemungkinan mencabar dari segi menepati jangkaan pasaran ketika pelabur terus berusaha menangani impak gabungan kesan ketidaktentuan perdagangan sebelum ini serta dedahan China ke atas ekonomi negara.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) -- Kalangan firma penyelidikan menaikkan unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) antara 4.5 dan 4.6 peratus daripada 4.4 peratus sebelum ini bagi suku pertama 2025, menjelang pengumuman rasmi Jumaat ini.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan momentum meningkatnya pda Selasa, melonjak 2.32 peratus ke paras tertinggi dalam dua bulan, dipacu oleh sentimen risiko yang kembali pulih berikutan Amerika Syarikat (AS) dan China mengambil keputusan untuk meredakan ketegangan dagangan hujung minggu lepas.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Mei (Bernama) -- Penurunan 100 mata asas dalam nisbah Keperluan Rizab Berkanun (SRR) oleh Bank Negara Malaysia (BNM) pada Khamis lepas memberi sedikit ruang kepada Jawatankuasa Dasar Monetari menilai kesan tarif Amerika Syarikat (AS) terhadap eksport, kata Moody’s Analytics.
8bulan ago
Oleh Karina Imran
KUALA LUMPUR, 13 Mei (Bernama) -- Persetujuan Amerika Syarikat (AS)-China untuk mengurangkan sementara tarif memberi kesan positif kepada pasaran ekuiti tempatan berikutan langkah ini mengurangkan risiko kemelesetan di Amerika Syarikat (AS) dan global serta mendorong aliran masuk dana asing bersih yang lebih tinggi, menurut CIMB Securities Sdn Bhd.
8bulan ago
Oleh Zarul Effendi Razali
KUALA LUMPUR, 10 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka mengekalkan momentum positif minggu depan, didorong oleh sentimen pelabur yang lebih baik dan prospek pasaran global yang optimis, kata peniaga.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia mengakhiri minggu ini dengan prestasi tinggi pada Jumaat menjelang rundingan perdagangan Amerika Syarikat (AS)-China serta didorong kenaikan harga minyak mentah, kata peniaga.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- MIDF Amanah Investment Bank Bhd menjangkakan kadar dasar semalaman (OPR) kekal pada 3.0 peratus bagi tempoh berbaki tahun ini kerana tahap ini sejajar dengan penilaian semasa pertumbuhan ekonomi dan inflasi.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Berikut adalah transkrip temu bual BERNAMA menerusi e-mel dengan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour mengenai Kadar Dasar Semalaman (OPR) dan Keperluan Rizab Berkanun (SRR).