Terdapat 1259 berita berdasarkan kata kunci carian "pembinaan"

Peralihan Struktur Permintaan Air SPAN Bantu Kontraktor, Pembekal Paip - CIMB

KUALA LUMPUR, 8 Julai (Bernama) -- CIMB Securities Sdn Bhd menjangkakan limpahan peluang kepada kontraktor dan pembekal paip, jika gesaan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) supaya industri pusat data beralih kepada sumber air alternatif dilaksanakan.

SC, Durham University Meterai MoU Majukan Pendidikan Pasaran Modal Islam

KUALA LUMPUR, 8 Julai (Bernama) -- Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dan Universiti Durham menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) untuk mengukuhkan kerjasama dalam pembinaan kapasiti, perkongsian pengetahuan, dan inisiatif bersama dalam bidang kewangan Islam dan pasaran modal Islam (ICM).

Bursa Malaysia Ditutup Rendah, Jejaki Prestasi Serantau Ekoran Dagangan Tidak Menentu

Oleh Siti Noor Afera Abu & Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 7 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Isnin, berbanding prestasi tinggi pada akhir dagangan minggu lepas, apabila pasaran serantau mengalami penurunan berikutan pelabur kembali berhati-hati menjelang tarikh akhir tarif Amerika Syarikat (AS) pada 9 Julai, kata penganalisis.

Esteel Enterprise Tingkatkan Pelaburan, Bukti Keyakinan Terhadap Ekonomi Sabah

KOTA KINABALU, 7 Julai (Bernama) -- Esteel Enterprise Sabah Sdn Bhd melaksanakan langkah strategik dengan meningkatkan jumlah pelaburan dan memperluas kapasiti operasi, bukti keyakinan berterusan terhadap prospek pertumbuhan ekonomi Sabah.

PGB Pulihkan Sepenuhnya Bekalan Gas Ke Kawasan Utama Batu Tiga, Connaught Bridge

KUALA LUMPUR, 7 Julai (Bernama) -- Petronas Gas Bhd (PGB) telah memulihkan sepenuhnya bekalan gas ke kawasan utama di Batu Tiga, Shah Alam, dan Connaught Bridge berikutan penyempurnaan proses pengaliran gas bagi talian paip pintasan baharu yang dibina pada 1 Julai 2025.

Sektor Pusat Data Malaysia Terus Rancak Meskipun Berdepan Sekatan Cip AI AS

KUALA LUMPUR, 7 Julai (Bernama) -- RHB Investment Bank Bhd menjangkakan sektor pusat data Malaysia terus rancak meskipun berdepan kemungkinan sekatan eksport cip kecerdasan buatan (AI) dari Amerika Syarikat (AS).

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 7 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia merosot untuk dibuka rendah pada Isnin berikutan prestasi semalaman Wall Street yang negatif menjelang tarikh akhir pelaksanaan tarif balas pada Rabu ini.

Industri Kerang Sabah Berpotensi Jana Pendapatan RM34.4 Juta Setahun - Hajiji

TUARAN, 5 Julai (Bernama) -- Industri kerang di Sabah berpotensi menjana pendapatan sebanyak RM34.4 juta setahun berdasarkan anggaran pendaratan 3,240 metrik tan kerang setahun dan pulangan pelaburan kira-kira tujuh kali ganda, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

SuperSiC Adakan Majlis Pecah Tanah Kemudahan Semikonduktor Baharu Di Pulau Pinang

GEORGE TOWN, 4 Julai (Bernama) -- SuperSiC (Malaysia) Sdn Bhd, anak syarikat kepada Zhejiang Jingsheng Mechanical & Electrical Co Ltd (JSG) melakukan majlis pecah tanah bagi kemudahan pembuatan terbaharunya di Penang Technology Park @ Bertam, menandakan satu pencapaian penting dalam strategi pengembangan global syarikat itu.

WCT Raih Kontrak Kerja-kerja Berkaitan Lebuh Raya PLUS Bernilai RM365.22 Juta

KUALA LUMPUR, 4 Julai (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh WCT Holdings Bhd, WCT Bhd memperoleh kontrak bernilai RM365.22 juta daripada Projek Lebuhraya Usahasama Bhd (PLUS) bagi membina lorong tambahan untuk projek pengembangan Lebuhraya Utara-Selatan di Johor.

Bursa Malaysia Ditutup Lebih Tinggi

Oleh Zarul Effendi Razali and Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 4 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup lebih tinggi hari ini disokong oleh pembelian berterusan dalam kaunter berwajaran tinggi terpilih, menurut seorang penganalisis.

Ekspo 2025 Osaka Tawar Peluang Keemasan Kepada Syarikat Malaysia

KUALA LUMPUR, 4 Julai (Bernama) -- Ekspo 2025 Osaka menawarkan peluang keemasan untuk syarikat pembinaan Malaysia terutamanya dalam pembangunan lestari.