7bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Jun (Bernama) -- ASEAN berpotensi menjadi ekonomi keempat terbesar dunia menjelang 2030 jika rantau ini mengekalkan kadar pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang stabil pada 4.0 hingga 5.0 peratus, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 Jun (Bernama) -- Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPI) Malaysia yang berkembang pada kadar perlahan 2.7 peratus tahun ke tahun pada April, dijangka berkembang sederhana sebanyak 2.0 peratus pada 2025, kata MIDF Amanah Investment Bank Bhd (MIDF Amanah).
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 Jun (Bernama) -- Malaysia komited untuk meneroka serta membangunkan sumber alternatif kepada kayu menerusi pendekatan strategik, inovatif dan mampan bagi memenuhi peningkatan permintaan global terhadap produk kayu tempatan.
7bulan ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 11 Jun (Bernama) -- Ringgit meningkat semula untuk ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ekoran dolar AS mengalami prestasi hambar, dengan Indeks Dolar AS (DXY) susut 0.1 peratus kepada 99.0 mata, walaupun wujud keyakinan baharu terhadap kemungkinan hasil positif daripada rundingan perdagangan AS-China.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 Jun (Bernama) -- Syarikat dari Jerman, Mosca GmbH merasmikan kemudahan pembuatan baharu termajunya di Ulu Tiram, Johor, sekali gus menandakan pengembangan ketiga syarikat itu di Malaysia sejak 2009.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi pada Rabu apabila para pelabur lebih optimis berikutan pengumuman perjanjian rangka kerja perdagangan Amerika Syarikat (AS)-China, yang merangkumi peruntukan bagi perdagangan teknologi.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 Jun (Bernama) -- Unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi 2025 disemak semula kepada 3.9 peratus iaitu penurunan sebanyak 0.6 mata peratusan berbanding unjuran pada Januari 2025, menurut laporan Global Economic Prospects oleh Bank Dunia.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 Jun (Bernama) -- Malaysia mencatatkan pelaburan diluluskan sebanyak RM89.8 bilion bagi suku pertama 2025, peningkatan 3.7 peratus tahun ke tahun meskipun berdepan persekitaran ekonomi global yang mencabar.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 Jun (Bernama) -- Pelaksanaan semakan kadar cukai jualan ke atas barangan keperluan pada sifar peratus diunjurkan memberi impak "neutral" kepada pengguna, sektor pembinaan asas dan perladangan, menurut Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB).
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 Jun (Bernama) -- Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) Malaysia bagi April 2025 merekodkan pertumbuhan 2.7 peratus tahun ke tahun (y-o-y), menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM).
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 Jun (Bernama) -- Nilai jualan sektor pembuatan Malaysia mencatatkan peningkatan 4.8 peratus tahun ke tahun kepada RM160.6 bilion pada April 2025, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM).
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Jun (Bernama) -- Taiwan muncul sebagai rakan dagang keempat terbesar Malaysia pada 2024, dengan nilai perdagangan mencecah RM176.10 bilion, mewakili pertumbuhan 38.5 peratus berbanding tahun sebelumnya, menurut Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE).