9bulan ago
KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) memandang serius mengenai kenaikan tarif 10 peratus dan tarif timbal balik yang diumumkan Amerika Syarikat (AS) terhadap eksport Malaysia ke negara itu.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 2 April (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) akan bekerjasama dengan kementerian dan agensi yang berkaitan untuk menyalurkan sokongan yang bermakna kepada keluarga yang terkena impak akibat kebakaran gas di Putra Heights, Puchong, Selangor.
9bulan ago
Oleh Zarul Effendi Razali
KUALA LUMPUR, 27 Mac (Bernama) -- Penyelesaian untuk pertahanan serangan siber boleh dioptimumkan melalui pelbagai strategi, termasuk menggunakan algoritma genetik, pengaturcaraan linear dan metaheuristik.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Kerajaan sedang merangka strategi nasional yang mantap, termasuk penubuhan “National Geoeconomic Command Centre” (NGCC) untuk menghadapi sebarang kemungkinan, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
10bulan ago
PUTRAJAYA, 23 Mac (Bernama) -- Keupayaan pengguna untuk membayar semula hutang daripada kemudahan 'Beli Sekarang, Bayar Kemudian’ (BNPL) semakin menjadi perhatian terutama dengan pertumbuhan ketara dalam transaksi BNPL di Malaysia telah menimbulkan kebimbangan terhadap risiko keberhutangan yang tinggi dan kepentingan literasi kewangan.
10bulan ago
PUTRAJAYA, 21 Mac (Bernama) -- Presiden Boeing Global Brendan Nelson mengumumkan syarikat itu akan meningkatkan tenaga kerjanya di Malaysia sebanyak 20 peratus dalam tempoh dua tahun akan datang bertujuan mengukuhkan komitmennya terhadap industri aeroangkasa negara.
10bulan ago
PUTRAJAYA, 21 Mac (Bernama) -- Industri penerbangan Malaysia dalam proses pemulihan dan membina asas yang kukuh untuk pertumbuhan dan pengembangan yang berterusan, selaras dengan sektor penerbangan di rantau ini yang pulih secara keseluruhannya.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Mac (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata budaya menubuhkan syarikat serta amalan menyimpan syarikat yang tidak mencatatkan keuntungan harus dihentikan serta merta.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Mac (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) sedang bekerjasama rapat dengan kerajaan Persekutuan, kerajaan Sarawak, serta Petroleum Sarawak Bhd (Petros) berhubung butiran peranan masa depan Petros sebagai agregator gas negeri.
10bulan ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad and Norsyafawati Ab Wahab
KUALA LUMPUR, 15 Mac (Bernama) -- Pelaburan kerajaan sebanyak RM1.1 bilion dalam Sapura Energy Bhd (SEB) disifatkan memberi harapan yang amat penting bagi vendor-vendor yang bergelut dengan masalah aliran tunai serius disebabkan bayaran tertunggak berjumlah lebih RM10 juta.
10bulan ago
PUTRAJAYA, 13 Mac (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan suntikan dana RM1.1 bilion kepada Sapura Energy Bhd (SEB) bukanlah ‘dana hangus’ tetapi dilaksanakan dalam bentuk pinjaman yang perlu dibayar semula.
10bulan ago
Oleh Rohani Mohd Ibrahim
KUALA LUMPUR, 11 Mac (Bernama) -- Kesatuan Eropah (EU) menjangkakan rundingan pusingan pertama untuk menyambung semula Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia dan Kesatuan Eropah (MEUFTA) akan diadakan sebelum musim panas atau pada separuh kedua 2025.