Terdapat 1645 berita berdasarkan kata kunci carian " apr"

Bursa Malaysia Sahkan Isu Dagangan Tidak Dibenarkan Telah Selesai 

KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia Bhd mengesahkan bahawa isu melibatkan dagangan yang tidak dibenarkan yang dikesan pada 24 April, 2025 telah diselesaikan.

TIV Sektor Automotif Malaysia Susut 16.8 Peratus Pada April Kepada 60,527 Unit - MAA

KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) -- Jumlah volum industri (TIV) sektor automotif Malaysia susut 16.8 peratus kepada 60,527 unit pada April berbanding Mac, kata Persatuan Automotif Malaysia (MAA).

Industri Jimat Sebanyak RM100 Juta Menerusi Program Amnesty Perkeso - MEF

KUALA LUMPUR, 17 Mei (Bernama) -- Industri mendapat penjimatan sebanyak RM100 juta melalui pengecualian kompaun dan caj pembayaran lewat di bawah Program Amnesty Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dari 1 hingga 30 April 2025, kata Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF).

Malaysia Tekankan Daya Tahan, Keterangkuman Dalam Perdagangan Di Mesyuarat MRT APEC

Daripada Muhammad Muzammil Abdullah

JEJU (Korea Selatan), 17 Mei (Bernama) -- Malaysia sekali lagi mengulangi komitmennya untuk memupuk persekitaran perdagangan yang berdaya tahan, keterangkuman dan bersedia menghadapi masa depan.

KDNK Suku Pertama Menggalakkan, Prospek 2025 Kekal Dipengaruhi Ketidaktentuan Global

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 16 Mei (Bernama) -- Malaysia merekodkan pertumbuhan ekonomi suku pertama 2025 yang memberangsangkan sekali gus mengatasi prestasi beberapa negara rakan serantau.

Ringgit Dijangka Diniagakan Dalam Julat 4.4 Hingga 4.5 Berbanding Dolar US Menjelang Disember

KUALA LUMPUR, 16 Mei (Bernama) -- RHB Investment Bank Bhd (RHBIB) menjangkakan sekurang-kurangnya dua penurunan Kadar Dana Persekutuan (FFR) Amerika Syarikat (AS) pada September dan Disember tahun ini berbanding kes asas sebelumnya iaitu tiga kali penurunan.

Ringgit Terus Mengukuh Pada Sesi Awal Menjelang Pengumuman KDNK

KUALA LUMPUR, 16 Mei (Bernama) -- Ringgit meneruskan momentum pengukuhannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada awal urus niaga Jumaat menjelang pengumuman keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia bagi suku pertama 2025, kata penganalisis.

Bursa Malaysia Tegur Secara Terbuka Reach Energy, Denda Enam Pengarah

KUALA LUMPUR, 25 April (Bernama) -- Bursa Malaysia Securities Bhd menegur secara terbuka Reach Energy Bhd dan tujuh pengarahnya berikutan melanggar Keperluan Pengurusan Penyenaraian Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities.

APEC Unjur Pertumbuhan Serantau Hanya 2.6 Peratus Pada 2025

KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama) -- Pertumbuhan ekonomi di seluruh rantau Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) dijangka sederhana iaitu sebanyak 2.6 peratus pada 2025 dan 2.7 peratus menjelang 2026, menandakan penurunan yang ketara berbanding 3.6 peratus yang dicatatkan semasa 2024, menurut laporan terbaharu oleh Unit Sokongan Dasar APEC.

SEAcare 2025 Jana Potensi Jualan RM1.1 Bilion

KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama) -- Pameran Penjagaan Kesihatan dan Farmaseutikal Asia Tenggara ke-25 (SEAcare 2025) telah menjana lebih daripada RM1.1 bilion dalam potensi jualan dan dalam edisi seterusnya, mahu mencapai sasaran jualan sebanyak RM1.5 bilion.

Ringgit Ditutup Tinggi Berbanding Dolar AS

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu, disokong oleh sentimen risiko yang bertambah baik susulan data inflasi AS yang lebih rendah daripada jangkaan dan penyusutan hasil perbendaharaan AS.

Malaysia Perlu Manfaatkan Tempoh AS-China Tangguh Tarif Bagi Perkemas Kedudukan - Pakar

Oleh Naveen Prabu Kuppusamy

KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) -- Tempoh penangguhan pelaksanaan tarif selama 90 hari membabitkan Amerika Syarikat (AS) dan China menawarkan peluang penting bagi Malaysia memperkemas kedudukannya secara ekonomi, kata pakar.